EKSKERPLENTESS BETUL KAN….SEDAR TAK SEDAR DAH SETAHUN TAK UPDATE BLOG JIBAM NI.TETIBA MALAM NI JADI RAJIN PULAK DAN RASA MACAM NAK BERTANYA KHABAR ~APA KABAR ? …ADA LAGI KE PENDUDUK KAMPUNG NI.KE SEMUA DAH PINDAH KE OSTOLIA?
Kampung Belulang
BAYANGKAN~SETAHUN TAK UPDATE BLOG NIH.INI SATU KEAJAIBAN.TETIBA MALAM NI RASA MACAM NAK BERTANYA KHABAR ~APA KABAR?
Selamat datang ke laman Jibam terbaru! Tukarkan bookmark, link dan sebagainya ke ‘http://jibam.com.my”. Antara perubahan-perubahan baru:
- Post lama tidak lagi buka untuk komen (4 bulan ke atas)
- Integrasi dengan facebook.(anda boleh login dengan username facebook)
- Kesemua komen spam dibuang.
Untuk meng’synchronize’ akaun anda dengan akaun facebook, klik sini.
Jika ada sebarang pendapat dan komen, sila tulis di bahagian komen post ini.
Wahai penduduk kampung belulang sekalian.apakah perkhabaran mu? Bagaimana keadaan kampung kita ini…Apakah semakin maju? jika ada sebarang pertanyaan ato kemusykilan…Sila lah aju.sebelum hamba kembali kehutanh seperti selalu.kui kui kui….
Anda sekalian dijemput untuk menjadi ahli fan club Ujang di facebook.

Kempen Pemanasan Global

MASKARA-SENDIKET SOLJAH. Aku sedang cuba mendekati dan memahami kelompok manusia yang cuba menyuntik pop ke dalam sastera.Jika berjaya mereka akan menjadi seperti aku yang di tuduh perosak bahasa oleh kebanyakkan intelektual melayu.Tetapi aku rasa mereka akan berjaya kerana pada poster mereka ada gambar pistol….dan lebih meyakinkan lagi aku ingin turut sama-sama bertempur dan menembak apa-apa yang patut.
Jika berminat untuk apply.. sila pos, e-mel atau faks butiran peribadi anda atau resume. hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. terima kasih!
Assalamualaikum ya ahlul jannnah sekalian.Ampun dan maafkan hamba kerana begitu lama tidak menjengah ke kampung ini.Bukan apa….asyik mahsyuk lah hamba melayan musim hujan di Tasik Kenyir sana.
Banjarannya berkabus,okisgen nya tepu,buminya basah menghijau di basuh hujan setiap hari.Kedinginannya menggigit tulang membuat perut lapau sentiasa.Ini lah time nya cekodok semalam begitu beharga.Nasik sejuk dan kepala ikan masin menjadi hidangan paling lazat…lapan ploh kali lebih lazat dari masakkan dapur istana zaman silam.
Air besar akibat hujan di hulu menyerbu masuk ke Tasik membawa sekali sampah sarap yang di tinggalkan spesis homosapien yang kurang terdidik dengan ilmu pentingnya menghormati Alam.heyyyy….beratus pendita sudah bercerita…beribu ulama` zaman berzaman sudah berpesan`gunung ganang bukit bukau itu paksi alam…gunung ganang bukit bukau itu paku alam`…gunung-ganang bukit bukau itu balancing dierrrrr….paham dakkkkkk…Balancing dierrrrr`.Tayar kereta kita pun ada balancing…cer cabut satu tengok tayar jalan pewai ke tidak…selo-selo tak per…kang bila speed bergegar body dier`.
Lupakan bukit…meh citer pasal alam lain.Alam yang baik-baik.Alam tumbuh-tumbuhan dan geography.
Sambung cerita pasal air besar.Turun laju dari hulu punggah balak dan tunggul besar pemeluk.Esok nanti tinggal jadi struktur baru di mana beliau tersangkut.Bila air tinggi tunggul balak jadi macam hiasan dalam akuarium.Selekoh dalam yang kosong tiba-tiba berubah jadi lubuk.Kalau dulu baling umpan tunggu lapan jam tidak naik ikan…tapi sekarang asal baling makan,asal baling makan.Demikianlah Tuhan mengatur segalanya.Jangan gelabah…jangan panik hingga kita mengabaikan amanah.Sebagai khalifah ,Tuhan suruh kita jaga alam…hormati alam…cintai alam….tapi kalo kita kurang ajar dengan alam..korek sana korek sini..tebuk sana tebuk sini,letup sana letup sini semata-mata kerana merebut laba dan kuasa..semata-mata kerana nafsu yang celaka….tunggulah masanya alam tidak lagi bersimpati dengan kita.
Kenyir ini belantara luas yang belum sepenuhnya kurang ajar.Masih ada adab dan tata susila.Biar pun namanya hukum rimba..namun masih tersusun dan cantik dimana harimau tetap makan daging dan rusa tetap makan daun.Hukum yang terjaga rapi semenjak alam di jadikan.Sebab itu hamba betah tinggal di sana.Kalau musim yang lain juga hamba ke lubuk…tengkujuh lagilah lupa…asyik mahsyuk…..asyik mahsyukkkk….Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii`
Kalo ada penduduk kamp[ung belulang yang rasa macam nak membantu saudara-saudara kita di palestin …boleh lah berbuat demikian dengan memasukkan Derma anda ke akaun
ertubuhan Jamaah Islah MalaysiaBank Islam Malaysia BerhadNombor akaun: 12113010005797—————-Aman Palestin BerhadBank Islam Malaysia BerhadNombor akaun: 12029010047880Maybank Malaysia BerhadNombor akaun: 562263010787Pertanyaan : 03-89267019 .Terima Kasih.
ASSALAMUALAIKUM,
Setahun lebih sudah berlalu semenjak press conference di lancarkan.Pelbagai cerita hangat tentang pembikinan filem Jibam yang di gembar gemburkan dalam surat khabar sedikit masa dahulu sudah semakin di lupakan.Khabarnya loan bank dan dana untuk pembikinan filem berjumlah 2 juta juga telah lama di luluskan.Namun misteri terus menyelubungi JIBAM bagaikan sinonim dengan jalan ceritanya di dalam novel yang juga tidak berkesudahan.Akhirnya keresahan khalayak ramai tidak dapat di bendung lagi sedang saya terus setia mengendalikan Blog JIBAM yang di buat khas untuk membantu promosi filemnya.Sudah lebih satu tahun berjalan dan pada minggu lepas saya meng`sms` Producer bertanyakan khabar kerana ada ura-ura pihak produksi lain yang berminat juga untuk memfilemkan JIBAM.
Berikut adalah jawapan yang di berikan kepada saya melalui sms juga-`
`I lama sakit.Jibam dalam proses buat prep production,dah bincang dengan Finas untuk shooting awal next year…lagi pun I pelik,kan right I dah beli.camana U all nak jual pd astro.Anyway kami akan shooting next year dengan izin Allah.Selamat Hari Raya .Maaf zahir batin.`
Di harap mesej dari Producer ini memberi jawapan jelas kepada semua peminat-peminat Jibam akan kesungguhannya untuk menerbitkan Filem ini.Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar beliau di beri kesihatan dan sembuh dari penyakitnya untuk melaksanakan tanggungjawab ini.Amin.
Semalam saya menaiki sebuah teksi ke section 15 subang yang di pandu oleh seorang lelaki separuh umur yang berasal dari keningau sabah.
`Tak balik raya tahun ni bang?`Tanya saya memulakan perbualan.
`Saya sudah empat tahun tak balik`Jawabnya dan kelihatan amat rusuh raut wajahnya.
`Lama tu….tak rindu ke keluarga di sana?`
`Rindu tu rindu bah….tapi mana saya mampu tiket pulang kesana aja sudah lebih rm400..sedang saya cuma bawa teksi`
Saya mencongak-congak sendiri.Sewa teksi rm40 sehari,gas rm7 dan petrol untuk stand-by kalo gas abis rm20(maklumat yang saya perolehi semasa sessi sembang-sembang tadi),belum teksi rosak atau kena saman.Perbelanjaan dapur dan sekolah anak-anak…ah paling kurang nak kena cari rm 100 satu hari.Tu pun baru dapat dalam anggaran rm30 sebagai gaji bersih.(bersih ke…cukup bulan nak bayar sewa rumah pulak,bil air,bil letrik)
`Anak berapa bang?`Saya gatal mulut bertanya.
`Enam`
Saya mencongak lagi.Kalau tiket kapalterbang balik ke keningau saja sudah lebih rm400 sorang…darab saja dengan lapan…rm 3000 dalam tangan.Makan minum itu ini…kurang-kurang 4000 mesti ada dalam tangan.
Memang betul lah kata PM kita ekonomi negara kita sekarang dalam keadaan baik.
Sebab itu kita kena ubah cara hidup kita dari manusia merdeka kepada hamba tebusan.




