Jiman tabur lagi serdak biskut lemak atas tanah.Sipah yang mencangkung di sebelahnya leka merenung kloni-kloni semut hitam mengerumuni makanan yang jatuh dari langit.Pelbagai aksi sarkis di lakukan dalam usaha makhluk ini membawa pulang rezeki masing-masing.Ada yang melilau kehulu kehilir mencari arah,ada yang sudah tersasar jauh dari kumpulan hingga sesat di pangkal pokok nenas dan tidak kurang juga yang masih tidak bergerak-gerak kerana kepingan yang cuba di pikulnya melebihi had muatan yang di benarkan oleh kudrat.Namun apa yang Jiman dan Sipah perati semenjak tadi…tidak ada sekor pun yang cuba berehat-rehat menghisap rokok..atau lepak berbual-bual di tepi batu..atau juga yang cuba curi-curi tidur di sebalik daun pandan.`takde…takde dan takde…!`Pendek kata segala-galanya berjalan dengan okey.Tersangat okey dan melampau-lampau okeynya.Perasaan ingin tahu Sipah semakin meluap-luap.`Takkan takde gaji kot?` tanya sipah sekali lagi.Jiman diam.`takkan singgit pun takde`.Sipah tanya jugak lagi walau pun telinga Jiman sudah mulai panas kerana bosan menjawap soalan-soalan Sipah yang kadangkala di rasakannya tidak releven.`Sipah…semut ni buat kejer tak perlu bayar gaji…pasal kalau ada gaji pun dia bukan reti kira duit `.Jawab Jiman panjang lebar.Sipah mengerutkan kening semakin tidak faham.`Tapi kenapa dia rajin?`Sipah tanya balik soalan yang sudah lapan belas kali di jawab oleh Jiman dari pelbagai sudut yang tercapai akalnya.`Sipah…dulu Tuk Suman pernah cakap…sesatnya orang yahudi kerana banyak bertanya..Sipah nak jadi orang yahudi?`gertak Jiman setelah tidak larat lagi melayan pertanyaan-pertanyaan tahap karipap sardin tersebut.Sipah geleng kepala lelaju walau pun dia tidak faham lansung makna perkataan yahudi itu sendiri.Cuma apa yang dia tahu..kalau Tuk Suman yang cakap…orang kampung semua akan ikut.Dari jauh usop kuding hanya memerhatikan Sipah menggeleng-geleng kepala tidak berhenti-henti.Permainan apa pulak yang di ajar Jiman kepada Sipah pagi-pagi ni..Usop menggeleng-geleng kepala jugak..tetapi perlahan-lahan dan cukup berhemah.
Kampung Belulang
36 Responses to “ASYIKKKK”
-
encik ujang, saya ada satu persoalan (bukan peroslaan kekeke). adakah dahulu encik ujang bersekolah sama cam saya? hmm.. encik ujang masih ingat tak kat cikgu ros yg ajar ilmu hisab, cikgu kamal ajar pertanian asas, cikgu daniel ajar seni lukis, cikgu maria ajar sains,ustaz yusuf ajar ugama, cikgu maniam ajar bahasa melayu, cikgu lay tee sin ajar english, dan cikgu2 yg lain…. ala… takkan kau dah lupe kot.
kalau tak sama, apa nama sekolah encik ujang?
-
Rasa-rasa macam pernah dengar nama-nama cikgu tu che radin.Boleh kah encik Radin sebutkan dengan terang dan nyata ..apakah nama sekolah tersebut dan di manakah lokasinya? Dengan jawapan encik radin itu nanti maka boleh lah saya menjawab dengan tepat adakah kita mempersekolahkan diri di sekolah yang sama.
-
saya pon tak berapa pasti nama sekolah saya. sebab dia sering bertukar2 nama. masa saya sekolah situ namanya Eden Prairie High School. tapi time adik saya plak Washington High School. peh tu.. tukar lagi, time akak saya plak Raymond High School. pastu time sepupu saya sekolah situ, pengetuanya dengan semangat patriotik yg tinggi telah menukarkan nama sekolah tersebut kepada kemelayuan, mengikut adab2 ketimuran…. iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Melayu Laksamana Tunku Munawir
tak tau la masa zaman encik ujang dah tukar nama kot.
-
ouh hampir terlupa saya. maaf la ye, tadi saya tolong mak saya jahit kain. pastu tolong bapak cuci kereta…. sampai lupe nak bagitau lokasi sekolah tu…. iaitu dekat Kolo Peelah, Turkemenistan. kalau dari juaseh ada la dlm 10 hari setengah… naik basikal.
-
Kalau begitu sekolah kita tidak sama encik radin.Walau bagaimana pun untuk tidak mengecewakan encik radin..suka lah saya memberitau bahawa sekolah kita di asas kan oleh orang yang sama..ya itu H.m radley orang yang bertanggung jawab membawa bijik getah ke semenanjung tanah melayu pada masa itu.
-
hahaha..lawak boto dialog kat atas ni.
-
Selamat datang encik rosman.Kalau banyak masa lapang tu..ajak la kengkawan lepak sini supaya senang kita bersembang-sembang sambil bertukar-tukar pendapat dan pendapatan.
-
ouh sebut pasal pendapatan, baru saya teringat utk membayar cukai pendapatan saya sebanyak RM6.7 juta kepada lembaga hasil dalam negeri… supaya nanti saya jadi warganegara bertanggungjawab.
dan tak lupa juga kewajipan saya membayar cukai getah kepada lembaga getah malaysia, utk jadi penggetah yg berwibawa.
begitu juga dengan cukai keluarga kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia, agar keluarga saya bahagia.
lagi cukai ape tah. ha… cukai lebuhraya kepada lembaga lebuhraya malaysia setiap kali saya menggunakan lebuhraya.
dan saya bersumpah utk tidak membayar cukai kepada lembaga toyol, mahupon jin jahat utk menyembunyikan diri saya, lalu terselamat daripada membayar cukai2 sepertimana disebut di atas. haram kan encik ujang, kalau kita guna jin utk bende tak elok?
-
ouh sebut pasal pendapatan, baru saya teringat utk membayar cukai pendapatan saya sebanyak RM6.7 juta kepada lembaga hasil dalam negeri… supaya nanti saya jadi warganegara bertanggungjawab.
dan tak lupa juga kewajipan saya membayar cukai getah kepada lembaga getah malaysia, utk jadi penggetah yg berwibawa.
begitu juga dengan cukai keluarga kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia, agar keluarga saya bahagia.
lagi cukai ape tah. ha… cukai lebuhraya kepada lembaga lebuhraya malaysia setiap kali saya menggunakan lebuhraya.
dan saya bersumpah utk tidak membayar cukai kepada lembaga toyol, mahupon jin jahat utk menyembunyikan diri saya, lalu terselamat daripada membayar cukai2 sepertimana disebut di atas. haram kan encik ujang, kalau kita guna jin utk bende tak elok?
-
uih..sampai 2 kali posting hihihihihi.Bab halal haram tu che radin kena rujuk kat majlis fatwa la tu….kat saya rujuk bab-bab JIBAM dan kartun saja sudah la.Pasal kalo saya jawab bab-bab hukum ni karang..bimbang ketua kampung suruh saya balik pulak menggantikan Lobai_Sahak mengajar bebudak ngaji kat surau.
-
hai che ujang… promote novel terbaru nampak (lobai sahak). dah berapa muka sekarang? saya expect dah 389 784 muka. ke salah ape yg saya expect ni?
hihi terpost dua kali, pasal ingat yg mula2 tekan “submit comment” tu tak kuar2, pastu saya tekan lagi sekali. hohoho jadi dua kali posting. mintak mahap la yo, den asik2 menyomak an comment box ni.
-
jang..ekau dulu bukan skolah kek Close- fisted Rock ko…lobih topat laie.. school middle of close-Fisted Rock..kepado sesapo yang bangang cakap omputih, fisted rock tu samo maksud dongan Kikir..Kalau tak cayo bukak kamus terbitan Sasbadi penyusun eh En. Daud Bin Baharum.Tanyo sendiri dengan Encik Daud tanpa sogan silu tapi jangan tanyo kek Baharum sobab Baharum tu ayah dio..
maksud kikir tu pulak kalau kito bukak kamus Dewan bandaraya muko surat 30 bermaksud “ketawo dongan caro memngeluarkan bunyi bising seakan2 mengilai atau membuat bunyi kirr..kirrr untuk memikat burung tekukur jantan”. Kalau nak lagi kepastian, boleh tanyo dongan Datuk Khir Toyo MB selangor.Encik Radin, kalau sokali laie Encik Radin tokan submit comment tu dio tak keluar2, apo kato lopeh tu Encik Radin tokan dahi Encik Radin plak sebanyak limo kali yo.
-
Boleh kah encik K sebagai Administraktor website neh tolong setting kan bagi setiap comment supaya apabila kita memberi comment, tidak ada perkataan said yang keluar. Contoh eh macam kes En. Mat Said telah berjaya mengelirukan apabila Ujang yang agak tidak berapa pandai dalam bahsa inggeris telah tersilap mengenal pasti Encik Mat sebagai Mat Said. Apakata kalau said tu di tukar kepada ‘kata’ sahajo. terima kasih.err..tapi mungkin ia juga boleh mengelirukan. Sebagai contoh apabila encik Mat mem’pos’ kan comment nya di sini, namanya mungkin akan dibaca sebagai Mat kata, atau dia juga mungkin akan dianggap berasal dari kampung Kata, Negeri sembilan.
-
huh..alih alih ado nameee kua jek nihh..
ngumpaattt denn yoo,,,,,
ngumpat ke nyumpitt -
arrr sudahhh…tetiba jadi merepek pulak.Padahal kita cakap mender-mender serius ni.Pada firasat saya perkataan merepek tak sesuai kerana dalam blog ini kita akan memperkatakan juga hal-hal yang melibatkan kematian,politik.siasah dan ekonomi,munakahat,usul tahkik,arkeologi,biotek dan penguraian uranium..malah kajian-kajian astronomi juga akan di perbincangkan di sini…jadi adalah lebih wajar jika brader `k` tukar perkataan MEREPEK kepada —-> CAKAP.(harap brader `k` dapat membuat pertukaran lagi.tengkiu
-
yaaa… saya bersetuju ngan cadangan encik ujang. dicadangkan utk tukar ‘merepek’ kepada pilihan2 perkataan seperti berikut:
cakap, atau
bercakap, atau
kata, atau
berkata, atau
tulis, atau
menulis, atau
sebagainya yg bersesuaian.dan saya cadangkan juga supaya cadangan ditutup. sekian terima kasih
-
erm kalauu merepek kite tukakann kepada kerepek camneee…
bleh tak -
quote: “Ujang yang agak tidak berapa pandai dalam bahsa inggeris”
haih… selambo yo kutuk hati pujaan ese? ujang….. bukti kan ekau buleh berbahaso omputih. buktikan copek. ese tak sanggup ekau dicaci, dihino sedemikian rupo. ese tak sanggup nengok walaupon sebatang duri mencucuk botih ujang…. inikan pulo dikato an tak pandai cakap omputih. bagai tetusuk jiwo rago den dibuek eh.
arghhh kojam eh dunio ni.
-
omputih…omputih..omputih…omputih..omputih..!!!!
-
ha… tu la tak cayo laie. ujang mmg tere cakap omputih. lagi pon dlm n9 banyak istilah2 dipinjam drp omputih. seperti contoh eh:
ONTOK-ONTOK
caro sebot eh: samo cam sobut ON (bukak), dan TOK (ketuk) atau cam sobut namo apek – LIM AWN TOCK (amik duo hujung eh… AWK TOCK)
maksud eh: diam2
fungsi eh: fi’el amar (ayat perintah)asal-usul eh: satu hari ado meeting antaro pegawai omputih dan rakyat2 n9 di sebuah dewan di ibu koto n9, seromban (den pon tak pasti ni, kok nak pasti, tanyo brader ujang. tapi seingat den seromban la).
lopeh tu, dah start apo sumo lam 1/2 jam agak eh, tibo2 datang la sorang datuk penghulu dari kampung ulu bertam, kolo pilah (sebolah juaseh kok tak silap). dah la lambek, buek kecoh plak.
lopeh tu, kono sound ngan omputih tu NO TALK!! NO TALK!! oleh sobab dio tak paham, ditanyo eh la kek orang sebolah…. “apo ko binatang eh ontok2 tu?”
orang sebolah eh pon samo mereng (walaupon makno yg diboghi adalah boto belako)…. jawab eh “ontok2 tu makno eh diam2.” mako, penghulu kampung tu pon diam tak berkato apo2, sampai la habih meeting.
perkataan “ONTOK2″ menjadi femes serato negoghi, yg akhirnya dewan bahaso dan pustako n9, tolah lotak perkataan tesobut dlm kamus bahaso bahasi edisi ke-80
demikian lah sudut asal-usul dari saya, cik erma. sekian terima kasih
-
ralat:
caro sebot eh: samo cam sobut ON (dimelayukan: bukak), dan TOK (ketok/atok) atau cam sobut namo apek – LIM AWN TOCK (amik duo hujung eh… AWN TOCK)
-
ala…. ese sajo jo nak kungsi ilmu yg ado pado diri se. apo lak salah eh… salah ko?
karang merajuk karang… baru taw!!
-
merajokk ko merujookk no ermaaa.
ko nih mane satu nihhh….poning -
ni apo plak maruk-rujuk ni ?sapo becorai?tak baik oo…..tuhan tak suka……corai borai ni……
-
smlm aku teringat sgt kat novel jibam yg penah aku baca zaman aku sekolah2 dulu (skrg dah korje),rindu betul kat jibam..terus baca novel tu balik walau kertasnya dah kuning n ada bubuk..bila buka website jibam, ada lak cerita2 pasal atuk, bdk minang dsb…makin la rindunya…nostalgia zaman sekolah2 dulu terimbau beb…hidup ujang n teruslah berkarya..
-
wehh intan….bubukk tu mendeeee hah…..bibik keeee…dah 2 ari aku pk ni..
-
oo tu bubuk ek,,,kalau buburr mesti dah lain makne die kan….bubur pisang lagi la lainn kan,,,,,
-
Tenaga batin tu macam yg bule kua karen dari tangan ek,,,,yg mcm cite silat2 indon tuu…..huargghh….zz.zz,,,,
-
terima kasih ujang sb bg penerangan ttg bubuk…betul la maknanya tu..nak tau tak jang, aku beli beras banyak tp nak makan sorang je..dah la jarang2 lak tu makan nasik, balik kerja dah penat…so dlm tempayan beras aku penuh bubuk, berjuta ekor kot…x larat aku nak menghalaunya…x pe lagi kalau dalam beras, at least bila basuh beras nak tanak nasik ia keluar ikut air, tp bebaru ni bubuk tu merebak ke dalam plastik bihun aku…aku rendam bihun dlm air panas lagilah payahnya nak buang dia sb dia dok kat sebalik helaian bihun…arghhh tension aku, last2 aku buang semua bihun tu…
aku beli bihun bungkus dan terus makan, malas aku penat2 pk cara nak menghalau pastu nak masak lagi…tensen2 aku hari tu… -
ish ko nih intann..bubuk tu tumpang umah ko ke ko yg tumpang dok dlm umah bubuk,,,,

biasa orang panggil radin says: