Tarikh : 27 april —6 may 2007. LOKASI : PWTC kuala lumpur. EVENT : Pesta Buku antarabangsa(memang berbagai-bagai bangsa akan anda temui di sana).Datang lah ke gerai CREATIVE ENTERPRISE di mana selain ratusan judul novel terbaik terbitan CESB, anda juga akan menemui karyawan-karyawan seni tanah air,wakil penjual yang peramah,sekeriti gad yang memiliki wisel sendiri,urusetia yang cukup setia dan juga budak-budak sekolah yang datang bersama cikgunya.Tetapi apa yang paling mengujakan…di sana pada tahun ini buat pertama kalinya anda di beri peluang mendapatkan novel JIBAM yang di ulang cetak khas untuk anda.T-shirt design terbaru JIBAM…dan beberapa product rahsia (rahsia kerana tak tau sempat buat ke tidak) di samping koleksi eksklusif buku AKU BUDAK MINANG,ACA,ACA DAN ATUK serta beberapa hasil karya kartunis UJANG yang baru pulang dari alam strebentuen.Jangan tak datang plakkkk…!!!
Kampung Belulang
13 Responses to “JIBAM DI PWTC”
-
Cayos..los…..Anda sebenarnya tak pernah berenti dari berkarya..toruihkan..
-
alaaa hokk alaa….
nak pogi tapi jauhh beno,,,
mau kene naik bas nihh,,,kalo jalan kaki maun 3 bulan baru sampai seromban,,,, -
haha kolo lumpo bukan kek seromban la… apo tah laie kek juaseh. kuala lumpur adalah bokeh ibu negeri selangor.
-
tu laa encik saari…3 bulan baru sampai soromban,,,nak sampai kulumpo mau tambah sbulan due lagi….
-
laaa..naik la LRT..kejap je sampai.
-
Pesta Buku Antarabangsa Tahun 2006 (lepas dah), pakcik antara peserta-peserta gerombolan (datang dengan rombongan keluarga) yang awal. Kul 10..30 (Jumaat) dah sampai dah depan pintu PWTC, Tersongih, anak mudo yang pakcik konal, orang kuat satu penerbitan gak… dia datang dekat pakcik dan kami berselam-selaman (silap besalaman-salaman). Oleh kerana keluarga dah angkat dan borong buku-buku diorang ajak balik awal. Ralatnya tak sempat nak jumpa Ujang dan kartunis-kartunis yang buat persembahan pada petang itu…. Gerai CESB mmg singgah tapi tak banyaklah diangkut…Kalau ada rezeki, boleh pergi lagi tahun ini.
-
aku tak sabau nak tunggu sampai aprillia. ujung bulan plak tu !lambat O……..aku gi ke kretip koner ari isnin ni boleh tak?? ha jang? boleh tak ?? tak? tak? boleh tak ??oi! tak boleh tak? boleh tak?booleh? tak?boleh? tak boleh?
-
Sejak kecik aku minat ngko .. sampai la nie aku masih minat aku . 2 kali aku pegi ofis ngko ( ofis lama .. masa tu ngko tengah kayo ) … tapi tadak rezeki nak jumpa ngko .. aku aturkan satu event untuk kartnis ngko di kedah tapi ngko tak datang jugak .. last sekali aku nampak ngko kat PWTC .. tengah otografkan aku budak minang .. aku nak tegur. orang ramai .. aku nak ngko otografkan budak minang .. aku pulak tak cukup duit .. aku belum berhenti mengharap .. eewaah … bulan pat nie aku carik ngko sampai lubang cacing .. jaga ko ….
-
Schedule pesta buku dah dapat semalam-kena lepak kat booth CESB tiap-tiap hari dari jam 10 pagi-6 ptg……sabtu ahad 10 am~10 pm…..yak adussss…tak dapat gi mancing la awal bulan nih….
-
alaa…lek laa jang…akhir bulan..tongah bulan,teepi bulan pon leh mancing peee…guaa yg betaun2 tak mancing takde mende pon…huhuuhhu
-
a ah, gua sudah 23 tahun takleh pancing. sebab kene denda oleh kerajaan perseketuan atas alasan saya telah menuba ikan dengan air kencing saya (masa saya kecik2 dulu, umur 3 tahun). dendanya ialah saya dihukum tak boleh memancing ikan selama 30 tahun. hmmmm ada lagi 7 tahun nak habis.
jadi, diharap encik ujang bersabar la yer. jadikanlah cerita saya ni sebagai pedoman atau pelita hidup anda.
ok la, duit pon dah nak habis ni. aku guna prepaid internet ni. lagi 10 saat nak habis.
tttttuuuuuuuuuuutttt….. ttuuuuutttt…… ttuuuuutttt (bunyi talian terputus, tak sempat nak bagi salam)
-
Erk….en.shaari nih tak kaver lansung..selamba jer tulis perkataan `air kencing saya`….lenkali guna perkataan `urine saya`…atau bahan kumuh..atau H2 0 saya…supaya nampak lebih lembut dan sesuai dengan adat dan tatasusila masyarakat selatan Tibet.
-
shaari..dah tak belh mancing tak yah laa pi gail lagi ko.. en ujang,,ko tak buat trip mancing laut..katon baca gak..mancing pon buat jugak..semua seni tu.

kidol says: