abm.jpg124.jpg Aku Budak Minang..antara karya awal saya di GILA-GILA sekitar tahun lapan puluhan. Saya sukakan hasil yang ini kerana ia menghimpunkan sebahagian besar nostalgia saya di zaman kanak-kanak serta peralihan melalui zaman remaja dan seterusnya saya berkongsi rasa dengan ramai pembaca pengalaman-pengalaman yang kita lalui bersama sepanjang kehidupan ini. Aku Budak Minang juga mencatatkan banyak kenangan manis sepanjang karier saya sebagai kartunis dan saya menemui ramai peminat yang membaca buku tersebut di zaman persekolahan mereka..kini sudah beranak pinak .(hahahahaha…Tua dah rupanya aku.)…Kini atas usaha cesb AKU BUDAK MINANG di beri nafas baru dengan kulit yang lebih tebal dan eksklusif serta kertas yang berkualiti untuk mempastikan ia menjadi sebuah koleksi yang patut anda letak di dalam rak buku di rumah anda. WELCOME TO MALAYSIA-juga terbitan CESB-Merupakan gabungan saya dengan kartunis AZA. Satu percubaan untuk melihat sejauh mana sambutan pembaca terhadap humor slapstik.Alhamdulillah sehingga kini setelah lebih 16 tahun berlalu..buku tersebut masih terjual dan di ulang cetak.Maka sewajarnya lah anda berbangga menjadi salah seorang pemiliknya-lagi pun sekarang ni kerajaan tengah kempen tahun melawat malaysia…elok sangat-sangatlah kalau bagi buku ni pada member-member omputih anda sebagai tanda kenangan kunjungan mereka ke malaysia.Kalau dia tanak pun tak apa…Asalkan beli.