Assalamualaikum…dan salam sejahtera buat semua makhluk bernyawa yang aku kasihi.Ampun dan maap di pohon kerana janji balik pada hari isnin tidak tertunai.Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.Terlalu banyak HAL yang aku uruskan di dalam hutan belantara sana sehingga otak kiri ku menjadi kompius.Oh ya…Tupai dan monyet kirim salam.Badak tak sempat jumpa…perhilitan kata spesis ini dah hampir pupus.Gajah dan rakan-rakan khabarnya sudah sebulan meniti rabung bukit menghala ke tailen.kalau tidak terdengar juga suaranya setrompet dua.Beruang madu juga tidak datang seperti biasa menghampiri boat-house minta roti dan susu,kata renjer sudah mati di bunuh orang.Aku katakan pada warisnya..manusia memang begitu.Sesama sendiri juga berbunuh-bunuhan.Inikan pula berlainan spesis.Namun babi tidak setuju sama sekali.`Apa beza dengan binatang kalau tidak menghormati undang-undang` ujarnya marah sambil menumbuk pangkal pokok kayu balak sebesar pemeluk.`Tolong bawak perkara ini pada menteri` usulnya lagi.Aku hanya tersenyum pahit.Tidak berani berjanji apa-apa.Tujuh puluh tiga langkah dari tempat babi berhujjah ular tedung selar melengkar keletihan.Dia sudah tidak mampu menyembur bisa.Belantara kini sudah terlalu huru hara.`Undang-undang rimba sudah di pakai manusia..lalu kami mahu jadi apa`bisiknya keluh kesah. `Sabar saudara-saudara…aku akan kembali esok lusa…akan ku khabarkan pada manusia..mudah-mudahan mereka sudi membuka minda dan berlapang dada`.Musang tiba-tiba tesedar dari lena.Dia menggosok-gosok mata seperti tidak percaya.`Di luar sana masih ada lagi manusia?`. Aku mengangguk-angguk dalam hati sementara seluruh penghuni belantara memasang telinga.`Kalau begitu pergilah…kembali ke alam nyata dan sampaikan lah segala cerita..mudah-mudahan mereka percaya`bisik satu suara.`Sampaikan juga salam kami pada JIBAM dan katakan tidak usah lagi merasa derita kerana dia sendiri adalah penderitaan`.Maka inilah aku kembali setelah menumpahkan sekian banyak air mata di tengah-tengah belantara.Semoga Tuhan memberi ku kesabaran yang penuh.Insyaallah.
Kampung Belulang
15 Responses to “BERITA DARI BELANTARA”
-
eh… mano ikan2 yg atuk posan maghin? ko lupo dah? ha la hai camno buleh lupo posan atuk ni….. lipan2 atuk tu tongah lapar ikan baung dan sebarau ni.
nampak gayo eh, kono tunggu bulan dopan la yo tak…. kok kau nak poie balik la ko tasik tuh.
ha.. jiran atuk pon… si lim tat, tak silap ado posan ikan gak… dio nak masak tomato goleng kegemalan beliau tuh.
-
apo la malang nasib hutan2 kito ni kan.
cubo la kito bygkan satu hari nanti.
cam mano la agak eh..pokok balak dah makin pupus. jati, cengal, meranti, merapuh. cubo la kito bygkan apo akan jadi kek hidupan dalam hutan tu.
mari lah kita bersama2 memelihara hutan kita supaya tidak di cabuli oleh manusia2 yang durjana ini.Marilah kita juga menyokong dan menyapot (memberi support) kpd aktivis2 alam sekitar termasuk juga para renjer hutan dalam menjaga dan memelihara hutan kita dari terus di gondala kan.bumi ku yang kian pudar..siapa yang melihat..
dia di cemar manusiaa…yang jahil ketawa..ewahhh
ku lihat hijauuuuu.. -
Assalamualaikum Brader. Kita berkongsi pendapat he he. Pada pendapat saya.. cukai pendapatan tahun ni agak meningkat kerana bos bagi 2 bulan bonos. walaupun harga minyak petrol naik, kita tetap naik kereta. harga Barang naik.. tak da kena mengena dengan hutan balak yang kena tebang tu. Tapi Mesin Gaji rantai tu guna petrol jugak. tapi yang saya tak paham ni.. kenapa gaji tak naik jugak. Jawap brader.. jawab.
-
kenapa panggilan utk nenek berbeza2 antara satu tempat ngan tempat yg lain di negeri sembilan?
kalau cam encik ujang yg kampungnya terletak di joseh… dia panggil nenek dia, “uwan”
manakala saya sendiri, ada kampung kat johol. panggil nenek sebagai “puan”…. hmmm bukan ke “puan” tu utk gelaran makcik2 yg sudah kawen tapi belum tua dan takde cucu mahupon cicit atau piut atau oneng2 ???
hmmm poning palo den… mikir an bondo ni siang malam pagi potang.
-
jom jomm…
kite kompoll geng2 kat cni ,,pastuu g kenyirr..branii???branii tak??
amacam jang…brani?kasik diskaunn bebaikk sket ar…satu kpalee 3 inggit ke,,,kalo lu brani la?huhuhuh -
kalau uwan panggilan untuk nenek..kalau uwan panggil cucu dio plak golaran die uwok..kalau cucu dio nak mengajuk uwan dio plak..uwekk..
contoh ayat..”poei mano tu wok?”..
alahai..tokonang kek arwah uwan den.
apo la agaknyo dibuek eh skang ni..erkkk.
menarik gak idea Mat ni..saya setuju dengan cadangan Mat sebanyak 800 persen.Di harap saudara Ujang dapat mempertimbang atau memberatkan cadangan mat (mengikut sukatan kilo atau kati) -
Sebutan memang berubah mengikut tempat dan keadaan che shaari..contoh paling senang..cuba encik shaari duduk atas kerusi dan sebut perkataan `KEMALANGAN JALAN RAYA`…rakamkan bunyinya menggunakan perakam suara..kemudian cuba encik shaari masukkan pula kepala kedalam baldi yang penuh di isi air..dan sebut perkataan `KEMALANGAN JALANRAYA` sekali lagi dan rakamkan.Sekarang pasang semula kedua-dua rakaman tersebut dan bandingkan perbezaan bunyi yang ketara padahal jarak baldi dan kerusi itu tadi tidak lah sejauh mana.Maka dari uji kaji di atas membuktikan perbezaan tempat,masa dan keadaan boleh menimbulkan perbezaan bunyi pada uwan,nenek,opah dan puan.-petikkan dari ~john pasha,The secret garden (bab ma`kul)-tentang konsep ruang dan masa.
-
hmmm… The secret garden tu bukan ke nama filem yg diterbitkan pada tahun 1939 oleh American Zooeurope, arahan oleh Agnieszka Hollandisia, dilakonkan oleh Kateji Mabam, Hendon Zaksujang dan lain2 ??
-
Betul tu che shaari..dan kalau masih ingat lagi filem inilah yang di gunakan untuk kempen menyelamatkan kambing di kanada pada tahun yang sama.
-
kambing di kanada tu yg macmmane ek,,,,kambing yg mcm kerbau tu ek,,,,
-
kat kanada tu kambing dia macam kambing gurun…tu la en. mat, x mau tgk dokumentari…kan dah x tau…
-
astro kene potong beb aritu,,,telambat bayo…tu yg miss tu,,,,,sib baik la cik intan ade,,kalo tk sampai pencen saye tatau kambin tu ape,,,
-
eja kambing pun salah, marah tau kambing2 kat malaysia ni…
-
lee mane de salah,,,saye ikot jibam pronounce….K.a.m.b.i.n.g = kambin…..

atuk lipan says: