`Kelahiran kanak-kanak sindrom down bukan di sebabkan faktor pemakanan,gaya hidup atau keturunan, tetapi ia adalah satu anugerah. Presiden sindrom down malaysia (PSDM) ,PROFESOR MADYA DR.SYARIFAH ZAINIYAH SYED YAHYA berkata beliau menyangkal dakwaan yang mengaitkan faktor-faktor tersebut sebagai punca kanak-kanak mengalami sindrom down. Menurutnya, sehingga kini beberapa kajian gagal  mengesan faktor sebenar kelahiran kanak-kanak pengidap sindrom itu. Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas majlis penyerahan geran pelancaran bagi persatuan sindrom down perlis dan negeri sembilan.`Kadir melipat keratan akhbar tersebut baik-baik dan menyimpannya kembali ke dalam beg duit. Tiba-tiba sahaja kerinduannya pada Jibam tidak dapat di tahan-tahan. Tanpa menulis borang permohonan cuti dia memecut kapcai milik kompeni menuju ke kampung belulang.
Kampung Belulang
46 Responses to “KETURUNAN BUKAN PUNCA SINDROM DOWN”
-
mana encik ujang tau?? encik ujang mana pernah kene sindrom down. setahu saya, kalau ikut rekod perubatan encik ujang pada saya, encik pernah hadapi demam malaria dan kencing tak lawas. dan jangka hayat encik ujang tidak melebihi 100 tahun.
jadi janganlah encik ujang memandai2 buat kenyataan palsu tentang adik sepupu sedara saya tu, Dr. Syarifah Zainiyah. beliau mmg seorang yg baik, dan tak pernah melakukan kes pencurian ataupun pembunuhan.
-
hish nko nihh..ade ke ckp jangka hayat org…ingat talian hayat kee..
-
Jawab, jangan tak jawab Dato’…
-
Saya mewakili para doktor di atas, ingin mencadangkan cadangan ditutup. Saya juga bersetuju dengan penulis artikel di atas sekali.
-
Wah nampaknya dakwaan dato’ dah jadi perdebatan
-
Tentang persoalan tu, senang sahaja jawapannya. Sila rujuk Encyclopedia Britannica, jilid ke-18, muka surat 1089. Permasalahan menghalau penduduk orang-orang asli Rio De Negro dari Tebing Amazon sebenarnya berpunca dari sikap “buta” pada kemajuan.
Kerajaan Brazil di bawah pimpinan Alburito Lucoza, telah mengarahkan projek pembangunan dilaksanakan di situ. Namun, penduduk enggan berpindah disebabkan pampasan yang dibayar hanyalah 1 juta Peso Brazil, iaitu kurang 0.4 juta Peso.
Lantas, kerajaan telah mengarahkan untuk diputuskan bekalan elektrik ke kampung tersebut, menyebabkan pam-pam yang mereka gunakan untuk menyedut air dari perigi, tidak berfungsi. Jadi berlakulah krisis penyakit kuku dan mulut di situ disebabkan ketiadaan air untuk mencuci kuku dan limpa.
Penyakit tersebut turut menyerang kambing biri-biri milik Robert Broculies, yang berakhir dengan kematian kambing tersebut serta 2 ekor anak yang dikandungnya.
Innalillahi Wainnailahi Raji’un.
-
Ada sedikit kekeliruan di sini..
Kerajaan Brazil di bawah pimpinan Alburito seperti yang didakwa adalah tidak tepat kerana Alburito Lucoza adalah olahragawan pada masa itu.Setelah beliau tewas dalam acara lompat berpagar pada sukan olimpik tahun 1797, beliau telah kembali ke rumah nya di Rio negro dan berniaga itik gantung.Adalah tidak dapat dipastikan siapakah yang memimpin Rio De negro pada masa krisis itu berlaku kalau mengikut catatan buku sejarah Brazil. Biri-biri yang didakwa sebagai milik Robert Broculies itu juga tidak dapat dipastikan kerana tdak mempunyai pengenalan nama dan gagal menjalani ujian air kencing mahupun ujian DNA. -
Saya bersetuju dengan encik Dolah bin haji sabirin. Alburito Lucoza bukan pemimpin sebenar yang mengasaskan pertanian hidroponik dan penguraian uranium di selatan brazil.Dia cuma seorang olahragawan lompat pagar berganti-ganti yang kemudiannya menjadi ketua kampung di pinggiran amazonia.Semasa gencatan senjata tahun 1799 memorandum yang di persetujui lansung tidak melibatkan Alburito lucoza lansung kerana perlantikkan Jubas la`serte sebagai kerajaan boneka pada masa itu di sokong penuh oleh pasukkan kompang rio de generio yang di pimpin oleh pele.Di harap Dato` Nik dapat memperbetulkan kekeliruan ini demi peminat-peminat pasukkan brazil .( rujukkan- encycloapadia britainpunsama-m.s 68-perenggan 5, dan buku kecederaan dalam sukan-m.s 8 )
-
Satu lagi pemalsuan agung terhadap maklumat-maklumat yang benar lagi dipersetujui oleh perawi-perawi mahsyur, sedang berlaku di sini.
Mari kita lihat kenyataan Encik Ujang:
demi peminat-peminat pasukkan brazil
Sebenarnya pasukan Brazil tidak pernah menggunakan susuk untuk di”pasukkan” ke dalam peha-peha dan betis-betis untuk menjadikan mereka kuat dalam acara kejohanan bola jaring peringkat negeri, tempoh hari di Padang Ragut Colombia.
Maklumat yang sebenar dan dipersetujui oleh semua perawi-perawi sejarah, telah menyatakan mereka hanya minum MILO sebanyak 3 gelas sehari, setiap orang, untuk mereka jadi kuat, BUKANNYA mereka men”pasukkan” susuk di tubuh mereka.
Yeahh, minum MILO anda jadi sihat dan kuat!!!
-
Begitu juga dengan kenyataan Encik Ujang di perenggan ke-10:
… kerana perlantikkan Jubas la`serte sebagai kerajaan boneka pada masa itu…
Itu adalah satu komplot terancang terhadap pemalsuan data-data kerajaan Brazil yang sedang dilakukan oleh Encik Ujang dan konco-konconya. Sepatutnya, bukan Jubas la `serte yang di”lantikkan” bulu-bulu mata dan kaki mereka untuk dijadikan boneka, tetapi sebenarnya adik ipar beliau, iaitu Drs. Suitono Jakirengputra.
-
pepatah masyarakat mesopotamia lama ada mengatakan,
“Yang menang akan menulis sejarah
yang kalah pula menulis puisi atau pantun tiga rangkap”Begitulah yang akan terjadi apabila pihak yang menang dapat menukarkan fakta-fakta sejarah. Diharapkan agar dakwaan Dato Dr Syed dapat dikaji atau diperhalusi sehalus halusnya. Saya juga mencadangkan agar Dato Dr Syed membuat buku yang bercorak akademik mahupun bercorak batik jawa atau sekurang nya mengemukakan buku latihan untuk mengesah kan dakwaan-dakwaan beliau. terima kasih.
-
Saya setuju sangat dengan tohmahan yang di lemparkan oleh encik Dolah pada dr.Nik Rafdi dalam kenyataan di atas . Merujuk pada beberapa journal yang telah di tulis oleh plato dan socrates memang banyak membuktikan pantun tiga rangkap tersebut di tulis oleh mereka-mereka yang kalah. Saya dah kaji perkara ni lama dan menemui banyak maklumat yang menyebut kebanyakkan mereka mati semasa menulis huruf terakhir pada baris yang ketiga pantun tersebut.
-
Tapi en Ujang, macamana pulak kalau ada orang yang menang, mula-mula dia buat slogan, lepas tu dia buat nasihat, lepas tu dia buat gagasan, lepas tu pulak, dia buat puisi, lepas tu cari ghazali, lepas tu di buat tak tahu… macamana ha?
-
OK, saya setuju untuk bawa pembuktian terhadap dakwaan-dakwaan saya berkenaan komplot pemalsuan data-data kerajaan Brazil. Saya perlu mendapatkan bantuan agensi perisikan terkemuka Brazil, iaitu Mas’ud Intelligence Unit (MMU).
Berikan saya tempoh selama 30 tahun, 2 bulan dan 10 hari untuk mengumpulkan semua bukti-bukti dan fakta-fakta sejarah, sebelum saya membawanya ke Mahkamah Tribunal Jenayah Perang Daerah Rompin.
Jumpa di sana!!
-
ibnu kaduk…setiap orang memang berhak untuk mengarang puisi,pantun ,seloka , gurindam atau peribahasa…dan semua orang pun tidak di larang untuk mencari ghazali , maliki ,syafiee ,hambali atau hanafi atau sesiapa jua yang di hajati…dan sesiapa juga berhak untuk buat tatau setelah berkata itu dan ini….pendek kata…ikut sukatikaulah.Buat lah apa-apa yang patut kerana arwah suman pernah menyebut ` Barang siapa berbuat kebaikkan..maka kebaikkan itu untuk dirinya…dan barang siapa berbuat kejahatan..maka kejahatan itu untuk dirinya `.
-
BERKATA-KATALAH SELAGI ADA SUARA…
DAN BERKARANG KARANGANLAH SELAGI ADA IDEA..
tapi ingat…beringat ingatlah selagi bleh ingat…
kerana….aku adalah aku..sekian.. -
Apasal korang nih cakap bahasa-bahasa yang aku tak paham hahahahaha.aku biol ke ..korang yang biol nih…adoi laaa
-
En Ujang, terimakasih pesanan mu di atas. Hamba telah tersasul menyoal.. Tapi.. takkan nak buat tak tahu je.. ? Ni pasal masa depan.
-
hihihihi…untuk menghilangkan masalah tu..datang la ke central market kita pekena roti canai ngan teh tarik sambil membincangkan hal-hal negara,planet2 dan cakerawala dan seluruh bimasakti ini ibnukaduk.
-
Kita jumpa 11 april kot? Boleh?
-
YA Encik kaduk..amat sesuai sekali lah rasa nya akan tarikh itu…
-
ujang, kau selalu ada kat CM ke?aku x pernah terserempak pun?kalau ada keperluan aku akan ke sana ke kedai pakcik ndia yg buat kedai pinjam buku selama sebulan, kalu x pulang duit hangus dan kalau pulang balik dapat balik duit dgn harga yg sedikit rendah dari harga yang diambil pada awalnya…
ataupun ke kedai watson membeli payung sekaki dua…
x pernah jumpa pun en. ujang?
-
cik intan ade niat tak nak jumpe cik ujang ni,,,kalo tk niat dr umah mmg payah nak jumpe,,walaupon die hanye sekangkang kera dngan cik intan,,,saye da kne da skali dolu….
“sotiap pebuatan dan amalan mosti dumulokan dngan niat”,,,kato lobai selamat pade jemaah surau sambil membotulkan mikropon -
hahahaaa…ntah..aku menfollow huraian en. ibnukaduk je…
kot tak paham tu mintak maap lah..sebab aku pun tak paham apa ni..so, jangan salah paham plak..karang salah kefahaman lalu membentuk fahaman yang tidak sefahaman. ntah apo ni..poning lah oi…
ahh..balik makan lempeng lah jap. -
Jumpa kat sempang lagi senang Cik Intan. Sebab kalau kat central tu dah payah, ianya dah sempang empat, kiranya kena jumpa 4 kali sempang, kalau sempang jek, sekali jek. Sepaham-paham tupai melompat akhirnya kena lastik sekali selamat dunia akhirat
-
untuk cik/puan /cik puan intan….. ambo sbg org yg biasa dok perati ujang dari jauh tau kat ner ujang slalu lepak…@ pot dia kt dlm CM 2.. dia duk kat koner lot kt dlm CM 2.. tul tak cik ujang.. errrr enchek ujang bleh ke ambo buwi tau pot enchek ujang kt CM 2.. kang ambo memandai2 plak kang memboco rahsie….
-
tak silap aku, ni alamat ujang kat CM
U7, Ground Floor, Central Market.
tak tau la kot2 ujang ada sepuluh kedai kat situ. so korang kene selak satu2 la kedai2 kat CM tu.
-
okeh! aku nak survey nanti…kalau x ada siap kau jang…aku bakar lukisan kau…
-
sampai ati ko intan… jangan lah di bakar lukisan si ujang ni.. sian kat dia..moh kite pg jumpe ujang kat sinun.. annexe tu bangunan yg warna-warni tu kan…betulkan.yg kaler merah biru tu kan betul kan..
-
makk datokk,,sampai nak membaka baka ni ape cite nih….sape yg tebaka..dak intan ni mesti ade pengalaman membakar atau tebakaaar ni…..kan kan….
-
aku dengar Bakar, bakar.. ni apa? En Ujang ajak makan roti canai, takde pulak aku dengar roti bakar. Sapa yang pandai-pandai buat cerita ni? Memang kaki bakar la orang tu..
-
mmg aku selalu bakar…pengalaman membakar pun banyak la gak…sb tu aku kena survey dulu kat mana lokasi si ujang…kalau aku x jumpa siap la dia…
-
FUlamak! Siap nak jumpa Che Ujang tu!! Cik Intan nanti kalau terjumpa sampaikan salam senandung angin sepoi-sepoi bahasa malaysia kat Che Ujang ye… Janganlah bakar lukisan bakar sampah dah lee… Bukan ke tak kurang banyak jugak sampah sarap sekitar CM tu?
-
kalo aku tgk ko tkde jumpe ujang kat CM siap la ko intann…..hukhukhuk
-
jangan membakar sampah kerana itu pembkaran terbuka… asap2 yg dihasilkan itu menghasilkn gas karbon monoksida dan lain2 gas yg mernahaya… ianya akan merembeskan keudara dan menyebabkan lapisan ozon kita semakin menipis… denagn menipinya lapian ozon ini akan menyebabkan bumi hijau yg kite huni sekarang ini menjadi semakin panas….sekian tazkirah dari anak sedara tiri sebelah mak lang siah sepupu kapada lebai sahak..
-
anak sedara tiri sebelah mak lang siah sepupu kepada lebai sahak menambah…… asap adalah makanan kepada jin… denagn melakukan pembakaran, maka asap yg terhasil selain dapat menipiskan lapisan ozon; ia juga adalah memberi makanan percuma kepada golongan jin… paham ke tak ni murid2..
jadi kesimpulannya jin itu memakan asap.. sape yg membuat pembakaran terbuka itu samalah dgan membela jin…
so sesape yg isap rokok tu adik-beradik dgn jin hehhehe…. fahintum..
paham ke tak paham …. tak paham boleh anak sedara tiri sebelah mak lang siah sepupu kepada lebai sahak dgan lebih panjang berjela……
JAZAKALLAH HUKHAIRON…. -
fuh…mcm ustad ismail kamuss…alam jin siri 2
-
Apasal pulak pelita ayam ni kedekut sangat pulak niiii ish..sedekah asap kat jin pun nak berkira. Dpd membazir jer asap tu camtuh..biar la jin tu makan..apaaaa la salahnyer .
-
tahnya…jin ada jin Islam…
-
Sedekah bukan semestinya nak kena kawan che mat…berapa ramai peminta sedekah dari bangsa manusia yang kita dah jumpa jadi kawan kita? ahaks…
-
betoi tu mat…
penah dengar tak kata-kata : ’sebaik-baik jin tu adalah sejahat-jahat manusia’.. -
kalau sebaik-baik jin tu sejahat-jahat manusia…takder can ler jin masuk sorga tu..ahaks.sian dier.
-
bila ckp pasal jin ni aku ingt satu cerita kat kg aku..kat kg aku ade la org tua..takde anak,idup ing bini dia je..dah agak tua gak laa..mmg satu kg org tau dia ade bela2 laa..ade ckp jin..ade ckp hantu raya..idup ngn tak cmpur masyarakat…kalu tgok mcm ngeri je psangan ni..slalu org ckp mlm2 ari terserempak ngn laki tua ni..dah hampir bongkok jugak..psal jin ni..gini citernye..aduss ade kija pulak..baru nak citer jap2..jap ek

Dato' Dr. Syed Nik Rafdi Syed Yahya says: