Usop baru sahaja menggesek anak mancis api cap orang terbang ketika Ucu termengah-mengah sampai di muka pintu. Jiman dan Sipah yang sudah siap membentang sejadah menunggu dengan sabar bapa mereka selesai menyalakan pelita dan kemudian akan  mengimamkan solat magrib. `Apa hal Ucu tergesa-gesa sangat nampaknya ni?` Soal Usop sebelum sempat Ucu membuka mulut. Dia menggamit Sipah dan mengarahkan puteri bongsunya itu mengalihkan  pelita karbad yang sudah bernyala ke hujung beranda. Ucu bertinggung pada anak tangga sambil mengesat peluh. `Aku nak pinjam lagi basikal kau ni Sop…nak kena pergi  balik ke kampung sebelah `. Berkerut dahi Usop memandang Ucu. `Aih…tadi kan dah pergi..nak pergi balik..apa kerja pulak ?`. `Ada barang tinggal` Jawap Ucu pendek.Kalau ada jawapan yang lebih pendek dari itu dia akan guna kan kerana dia tidak mahu bercakap banyak. Lebai Dolah  dan Pak Itam sudah pesan seratus belas kali ,  kalau Usop tanya try `kaver` abis-abisan. Biar pecah di mulut jangan pecah di perut . Jangan sampai Usop terhidu  konspirasi ` ops seladang` yang mereka rancang. Ucu pun agak saspen juga apabila Pak Itam cakap tuan punya senapang nak kena bagi juga sekilo dua. Ini sudah kira merbahaya kerana dari empat sudah bahagi lima . Kalau Usop juga tahu  projek ni nanti , nak kena bahagi  pulak sekilo dua lagi . Ucu tahu tidak boleh ramai-ramai sangat dalam kroni.Nanti laba dapat sikit. Sana tahu sini tahu, sana kena jolok sini kena jolok..kesudahannya nanti tinggal telinga.mana cukup.Itu pun kalau tak kena potong line pulak oleh kroni-kroni yang lain.Silap-silap dapat najis saja . Tiba-tiba Ucu teringat bendera yang Jibam cacak atas najis seladang . Tapi buat masa ini Ucu tidak ada masa nak fikir dalam-dalam atau buat firasat. Apa yang dia tahu operasi yang di rancang oleh Lebai dolah ini perlu di laksanakan. Dia tidak kisah menjadi balaci atau barua kerana apa yang penting dia akan dapat bahagiannya nanti.Itu janji Lebai Dolah.`Tapi Ucu…aku nak pakai basikal tu pagi esok ` Usop  memandang wajah Ucu yang kelihatan `blur`  di dalam kesamaran  cahaya pelita karbaid. `Ala Sup…Malam ini jugak aku hantar basikal ni balik..aku janji` Ucu merayu. ` Baik lah Ucu` Usop kemudiannya mengalah kerana waktu maghrib sudah panjang .Jiman dan Sipah sudah mulai resah di atas tikar sembahyang.` Tapi kau jangan tak hantar pulak..esok aku nak ke pekan pergi tukar kad pengenalan baru ..dengar khabarnya ada cabutan bertuah…hadiah kereta untuk sapa yang  tukar kad pengenalan baru `.ujar Usop dengan penuh harapan. `Aku janji sop, sumpah !!..takkan lah aku nak mungkir janji pulak…orang yang mungkir janji tu kan munafik ..nabi kata gitu…dalam kitab kata gitu..malah arwah suman dulu  pun selalu ceramah kat surau kita…kerbau di pegang pada talinya..manusia di pegang pada janjinya`.Ucu tambah bersemangat mengalas kata-kata setelah nampak bunga-bunga persetujuan dari Usop Kidung. `Kalau gitu baik lah Ucu…kau pakai lah dulu basikal ni..karang balik kau sandar kan aje kat tepi tangga rumah aku ni` pesan Usop. Ucu menyorong  basikal keluar pintu pagar . Jiman dan Sipah yang masih menunggu di tikar sejadah hanya memerhati dari beranda rumah. `Ingat tu Ucu… manusia di pegang pada janji….kalau tak pegang janji..sama jer macam kerbau ` Pesan Usop lagi membuat kan Ucu tersenyum kelat dan sesekali tersengih macam macam kerbau kena loteri.
Kampung Belulang
84 Responses to “konspirasi”
-
ok la,,last ni laa….
jawapann diee C.. -
Hah! saya tau jawapan dia… masa la kan? Dalam diam dia gerak, dalam gerak dia diam!!! Hah! Memanglah mantap!!! *uiksss masuk bakul buang dalam longkang sendiri*
-
Satu yang respek ngan korang ni ialah sifat tanak mengalah.Walau pun jawapan-jawapan yang di beri tu boleh membuatkan hidung berdarah.heh heh…masih nak pikir lagi ke atau nak tau jawapan dah ni??? kalo dah serender cakap..jangan memalu.
-
jangan menyerah kalah kata leptenen adnan kepada anak buahdia…
selagi ada hayat di kandung badan kite musti mempertahankan tanah air kita huh… jangan terpedaya dgn kata-kata ujang yg suruh kite menyerah kalah alias serender.. serang…
mari kita pikir beramai-ramai smabil menyanyi lagu… pikir-pikir nana nanana.. pikir pikir nana nananna… -
salah ke jwpn tu?ek elle..cikapot betul la abg ujang ni..penat dah ni mikir tapi takmau la menyerah kalah..pantang tok nenek..berjuang biarlah ke titisan hingus jibam yang terakhir..
-
tp kekadang kan mengalah tak beerti kalah….hukhuk,,,daripada memudaratkan jiwe rage aku..skali skale ngalah takde hall lah….aku tau ujang dah bedebar2 nak bagi jawapan tu,,,tak saba2…bagi jek la jang,,kang tahan lelame jadik batu karang plak..
.hukhukhuk -
hari tu aku dah mengalah, tp aku bangkit kembali hari ini…
aku rasalah….jawapan dia ialah api!!!
tentrentren….betul kan? -
ye betul kawan2 sume..usah mengalah..mari kita memenang..eh mcm memerang plak bunyik dia..
abg ujang..jawapan dia bumi..betul tak?
-
salah jugak……(tolongggg la mengaku kalah..aku nak jawap dah niiii…)
-
eeerrr sape nak serender……klu nk serender kene cakap cam ni…. eh! cakap pulak…. kene taip cam ni .. ” kami serender abg ujang. ape jawapan dia..” ….
klu ade lima puluh ratus ribu juta orang taip cam tu maknenya seluruh warga blog jubam ni serender… maka dgn itu barulah enchek ujang boleh memecahkan tembelang….
isskkh tembelang pulak.. memecahkan rahsia jawapan teka teki tu ok.. set tak geng.. -
ok ar…malam ni saya ke langkawi…..Insyaallah..isnin esok baru balik . Sepeninggalan saya selama 4 hari di over-sea tu…korang pakat-pakat la pikir dan bagi jawapan yang padat dan jitu sikit serta formula-formulanya atau alibi-alibi yang boleh menyokong jawapan tersebut. Pastikan jawapan tidak melepasi garisan yang korang tetapkan sendiri hadnya. wassalamualaikumwarrohmatullah.
-
ek elle abg ujang..pi langkawi tak ajak..sampai ati semut..takpela..atleast kitorg bole pecahkan kepala nak carik jwpn huhu..abg ujang jg tekejut kingkong la..kitorg msti leh jwb punya..
*abg ujang..kirim coklat bole?
-
konon2 nya ujang tu ingat kita nak mengaku kalah lah tu…
x ada maknanya kan geng kan?kita akan terus berusaha…4 hari kawan2…sempat kita buat solat hajat dan muhasabah diri…
bye2 jang…nak kirim kain batik tau? -
la…kat pasar malam brlambak segala jenis laksa…laksa kedah, perlis mahupun kelantan…apa lak ank pesan2, basi lah nanti…kau ni pun matt…
-
sobut pasal laksa ni tetibe je terngidam laksa belut…… sluuurrrptt…. fuh meleleh…
-
ishh ye ke takde laksa kedah?apa lah beza sgt laksa2 tu semua hanya pada nama sahaja…laksa pahang korang penah makan?aku baru tahun 2006 kenal laksa pahang cemana…
-
aku dengar laksa sarawak rasanya tak boleh ‘belah’… mgkn bagi yg x suka la kan…aku x penah makan lagi, tp bila kengkaan kata rasanya x leh ‘belah’ aku jd takut beb…
-
korang pernah makan laksamana ?
-
haa?
-
Ada satu cerita best berlaku di utara tanahair.Ada sorang hamba allah kena tahan polis lam satu sekatan jalanraya.Setelah check lesen..Brader Polis tu dok tanya `P mana?` Dengan selamba dia jawap` Pi alor setar` Polis tu tanya lagi `P mana?`Dia dok jawap jawapan yang sama `Pi Alor Setar`…dah lama tu baru dia sedar sebenarnya Polis tu tanya pasal stiker `P` yang dia tak tampal kat cermin kereta kerana lesen percubaan.Aku rasa macam sekel jer kepala member tu dengan selipar pasal kelakar tahap hagham dia tuh.
-
Tak lawak keeee? Arghhhhhhhh malu nyerrr…malu nyerrrr….tapi apasal aku dengar citer tu macam kelakar sangat pulak fiz?
-
Itu menunjukkan hang dah termasuk dalam golongan orang-orang yang genius fiz.Otak hang tajam dan boleh menangkap maksud dan maujud sesuatu hal dengan pantas.Sebab tu orang bijak pandai ni jarang ketawa…pasal dia merenung tiap sesuatu tersebut dengan serius.Itu kenyataan yang saya baca dalam buku philosophy of kidneys terbitan -fabuloso de fluntes.
-
Sebagai orang KEdah, kata TiDiN, yg korang dok bebising pasal bahasa aku ni pesal? Tak lawak sudah, pi tidoq! Muahahahaha

mat says: