`Mak, semalam aku jumpa taik kebau mak` Jibam bersuara dari atas kain saprah.Piah sengih macam biasa. Macam semalam , macam minggu lepas, macam kelmarin dan macam selalu . Jenaka Jibam yang kadang-kadang bersulam air mata sehingga Piah sudah tidak faham hal yang mana dia sepatutnya menangis dan hal yang mana dia sepatutnya tertawa. Segalanya tentang Jibam melucukan, Segalanya tentang Jibam menghibakan. Jibam lah penderitaan tetapi Jibam jugalah kebahagiaan. Walau Piah acap kali berkhutbah kepada dirinya sendiri bahawa inilah suratan Qada , inilah suratan  Qadar namun hakikatnya Piah sama juga seperti manusia-manusia lain yang lemah dan terkadang melayan blues. `Mak…dengar tak niiii ? Jibam menaikkan `pitching` suaranya apabila Piah di lihat acuh tidak acuh. ` Apa dia ?` Piah menyahut sekadar untuk layan berbual. Supaya Jibam tunggu pinggan dan habiskan nasik goreng ikan bilis yang Piah hidangkan untuk sarapan. `Semalam aku jumpa taik kebau` Ulang Jibam dengan rasa bangga. `Taik kebau sapa?` Sahut Piah lagi walau pun soalan tersebut tidak `releven` lansung apatah lagi jika di ajukan pada Jibam. `Taik kebau Pak Cik ghani`. Piah sengih lagi . ` Pak cik Ghani  mana la pulak tu Jibam `. `Alaaaa…Pak cik ghani yang bela kebau tu la ` Piak angguk-angguk walau pun tidak paham sepatah haram buah butir persoalan yang di kemukakan Jibam pagi itu.Piah pun malas nak ambil pusing .Memang Jibam macam tu .Kadang-kadang perkataan `atau, serta , dengan , dan lain-lain penyambung ayat yang keluar dari mulut Jibam pun boleh buat Piah kompius . Piah sudah takut nak mentafsir apa yang keluar dari mulut Jibam kerana selalu benar jadi kenyataan. Apa bila berlaku perkara-perkara seperti itu Piah akan jadi serabut. Perasaan Piah akan jadi macam-macam . Setakat ini hanya Usop saja yang paham sikit-sikit hakikat ini kerana Dia sudah mengalaminya. Itu pun Piah tidak mampu  jawap  apabila usop tanya apakah itu maunah atau karamah . Sihir tidak mungkin kerana Jibam serba kekurangan. Jangankan nak menghafal mentera mengghafal abc pun lintang pukang. Apa yang Piah dapat cakap..`Itu semua kerja Tuhan Sup…kita toksah pikir lah..tak sampai akal kita nak menghuraikannya`. Tapi Piah cuma cakap..dalam hati siang malam dia pikir.Celik saja mata dia akan mula berfikir. `Apa Dia semua ini ?` `Laaaaaaa..mak niiii.kan dah banyak kali orang cakap tadi…Taik kebau la..apa lagi`. Jibam cucuk lutut Piah dengan ikan bilis goreng. Piah tersentak .`Mak bukan tanya Jibam`. Piah cepat-cepat menyapu air matanya yang mula berlinangan. `abis tu mak tanya sapa ?` . `Tak..takde sapa…mak tercakap je macam tu `.Piah lantas bangun mengangkat pinggan kosong ke pelantar dapur. `alaaaa…tauuu.Mak tanya Tuhan eyyyy???` Jibam sengih sambil menggaru-garu lutut.
Kampung Belulang
125 Responses to “TAJALLI”
-
hahaha, lawak la en. ujang nih..org tanya betul2 dia wat lawak lak…
kalau tergantung macam cerita misteri2 (cthnya X-Files) tu tak apa gak…ni baru 5 buka surat kertas kajang tu dah tak ada sambung2nya…heheheh…aku pernah nak buat cerita ala2 X-files, tp tulah…tergantung…watak2 pun belum kenal lagi, tup2 dah habis…
skrg ni tak ada masa dah, tambahan lak aku tinggalkan kat kampung semuanya…tahlah, kalaulah mak aku baca malu alah aku… -
hah..kalo macam tu lagi senang la intan.call jer ..atau sms mak di kampung tu..suruh dia sambung bila-bila dia ada masa lapang.
-
mak aku ustazah ajar fardu ain…karang dia cerita pasal budak2 kelas dia lak kang…lain lak ending
-
bab gantung-gantung ni buat otak aku nak tanya…
FIONA bila nak sambung jang…
aku nangis jugak karang ni…kata deris pada siputnyer. -
mana boleh mat, genre yg tergantung tu mmg ending dia tergantung, kalau kau sambung-sambungkan maknanya dah bukan genre tergantung, itu dah masuk genre tak tergantung…yang mana maksud kedua2 nya adalah berlainan sekali, kalau disambung semuanya, tak wujudla genre cerita tergantung…ha…tak pelbagai la cerita kat dalam dunia ni mat…cerita yg tergantung ni kdg2 penting gak, sb nak bagi peluang otak masing2 berfikir dgn lebih kreatif..kalau tak semualah org berfikiran sama dan tak adalah timbul variasi tak selanjar….variasi selanjar ialah variasi yg sama, manakala tak selanjar tu ialah variasi yg tak selanjar…hahaha
-
Buat pertama kalinya aku setuju seratus peratus dengan pendapat intan.
-
Malah kehidupan kita dalam dunia ni pun selalu tergantung endingnya kiambang.Tengah2 bawak keter tak sampai lagi destinasi..eksiden..terus ending…tengah-tengah syok menipu sana sini..kelepet sana kelepet sini..tau-tau kena stroke..terus ending..tak sempat nak mintak ampun ngan orang yang di kelepet…tengah-tengah makan..tercekik tak sempat minum sirap..terus ending..gitu lah seterusnya.Maka elok lah kita berhati-hati dan sentiasa beringat-ingat tentang besarnya bahaya genre ending tergantung ini.
-
sabarlah menguruskan genre2 seperti budak mat ni…
dulu2 cerita X-Files la yg paling ketara dan permulaan aku kenal wujudnya genre tergantung…memula tu aku bengang sungguh la sb ketergantungan itu membuatkan aku tak tido malam sehingga 1 minggu…memikir dan terus memikir tentang apakah endingnya…malah lebih parah kalau aku mmg x paham cerita tu dari mula lagi..heheheh…
tp, lama kelamaan aku pasrah bahawa kehidupan ini mmg la kdg kala camtu, tak berending sb kalau cam drama nak buat ending cemana sb dunia ni pun blm ending lagi, kalau ada ending tu ialah ending yg sengaja di endingkan sdgkan mana ada ending lagi…ending bila semuanya di alam ini dah ending, dan kita pun x tau cemana ending tu sb kita pun dah ending sama…dah x berjumpa dah…
huk huk…
-
banyaknye ending intan hahaha..just like never ending story..
-
tergantung2 ni bahayo do..macam gantung tak bertali doo…
aku gantung jugak buaian ni karang… -
Ada jugak yang tergantung tapi tak bahaya.contohnya-bendera,buah limau,lampu bilik air,petai dan lansir tingkap.
-
encik kambing…jangan kata petai tak merbahaya.Dah banyak kali berlaku tragedi orang mati jatuh pokok petai.
-
helooo..anybody home?
-
Ni apa kejer la pulak iklankan Judi dalam blog aku nih…kalo nak hack pun cuba la iklan benda-benda yang senonoh sikit-jual kain pelikat ke,jual kunyit ngan asam keping ke..atau sebarang benda yang tak di haramkan dalam agama islam.Macam la terer sangat hack-hack blog orang….kang aku suruh lebai Seman kat belakang rumah aku tuh hack cpu ngko karang baru ngko tau.Sanggup ke tengok monitor ngko keluar tulisan tamil.Ini last worning yang pertama…kalo buat lagik…aku sumpah ngko ngan sedara mara terdekat ngko jadi apam balik.
-
MAK OIII BANYAK NO SPAM..SAPO PUNYO KOJO NIII…KONO PANGGIL BRO K NI …COPEKKKK !!!!!!!!!
-
Williams jackpot party slot…
Williams jackpot party slot…
-
Rtg bonus codes 2007…
Rtg bonus codes 2007…
-
Online gambling craps…
Online gambling craps…
-
Gpslots…
Gpslots…

intan says: