Anak Tok Ngah Sudin yang kerja D.O tuh dengar  khabarnya nak pencen awal .Limat cakap dia nak pindah balik kampung dalam waktu-waktu yang  terdekat ini dan buat banglo dekat sebelah  rumah lama Tok Ngah. Limat juga cakap Awang janji belikan jersey bola untuk belia kampung belulang serta kasut but yang ada paku-paku macam mancester united pakai dalam tiwi. Tugas berat Limat sekarang kumpul budak-budak kampung dan catit nama serta nombor ic sebab Awang kata untuk tubuh persatuan kena daftar dulu. Nanti senang nak mintak bantuan dengan wakil rakyat kalau nak buat pertandingan merebut  piala Awang atau liga kalah mati . Sementara beberapa orang ahli jawatan kuasa surau sudah mula bermasam-masam muka kerana berebut mikropon. Tiga  hari sepeninggalan Lebai Dolah ke hutan memburu seladang  tidak ada siapa yang mengatur jadual giliran azan di surau. Penduduk kampung belulang sudah mula kompius apabila subuh semalam 3 kali azan .Mula-mula wak jenal ..kemudian jusoh dan last sekali Limat selaku wakil belia kampung belulang. Kemudian mereka bertelagah di warung Pak Itam tentang hukum tiga kali azan dalam satu waktu. Tiada kata putus dapat di ambil melainkan bini Pak Itam yang teruk pagi itu  menyusun kembali kerusi meja yang tunggang terbalik apabila wak jenal bersilat dengan Jusoh kerana mempertahankan fatwa masing-masing. Limat malas nak masuk campur kerana dia terpaksa tergesa-gesa ke pejabat Awang di pekan untuk menyerahkan borang persatuan. Pulang nanti Limat akan tumpang lori Lam shook bawak petrol balik untuk hidupkan generator di surau. Juga dengan sedikit elaun dari Awang kerana menjalankan kerja-kerja amal jariah yang di susun untuk mentadbir kampung belulang supaya cemerlang,gemilang dan terbilang.ÂÂ