getfile0.jpggetfile2.jpggetfile3.jpggetfile4.jpggetfile5.jpggetfile1.jpg                                   Kalau tak bawak trip memancing ke Tasik Kenyir..atau apabila takde jemputan ke memana trade show dan event atau apa-apa lah yang menyibukkan kehidupan ini ..maka aku akan melepak kan diri di Central Market melukis karikatur (Caricature ) . Aku memang seronok dan enjoy dengan kerja tu walau pun nampak pelik dan tak munasabah  di mata orang ramai . Aku suka persekitarannya yang jujur dan penuh kemanusiaan. Pagi-pagi lepak makan roti canai dan pekena neskepi tarik ngan member-member pelukis sambil sembang-sembang hal kehidupan. Di celah-celah masa yang indah tu aku mengambil kesempatan menyusun plot-plot siri JIBAM dan menulis novel terbaru yang dah pun siap dalam empat ke lima baris semalam.ok la tu daripada tak ada apa-apa lansung. Jadi kalo anda tiba-tiba  teringin muka anda serta rakan-rakan sepejabat mau pun wajah sedara-mara ipar duai  sepupu-sepapat di kartunkan ,atau muka boss-boss korang yang akan berpindah ke jerman itu  di karikaturkan sebagai hadiah kenang-kenangan …Jangan memalu.singgah-singgah ler ke kedai 1-12 A , GROUND FLOOR,ANNEXE BUILDING,CENTRAL MARKET , Kuala Lumpur.