Malam ni aku akan bertolak ke Taman Negara Tasik Kenyir untuk yang ke berapa ratus belas kali ntah. Selama 12 tahun aku berulang alik masuk hutan terengganu tanpa rasa jemu. Selalu bawak group pakej memancing..tapi kali nih aku bawak wartawan sigap , Juru gambar professional dan moderator web tokei kedai online bersama ahli kelab photographynya. Pengembaraan selama 4 hari 3 malam yang  di taja oleh boat-house Kd Kilau -tkp 28 ini akan membawa peserta merentasi tasik sejauh lebih 55 kilometer ke celah banjaran titiwangsa dan berkampung dalam Taman Negara menjalankan pelbagai aktiviti. Empat buah speed-boat yang di bawa bersama akan menjadi kenderaan rasmi para seniman gambar ini untuk  merakamkan keindahan segenap pelosok taman negara mengikut daya kreativiti masing-masing. Aku pulak seperti biasa akan meredah hutan menuju lubuk mencari kelah dan tengas. Oh ya….sifu aku Mr.Jaafar Taib dan pelukis cover baru Jibam  ..si syaffeq akan turut serta dalam ekspedisi ini. Maka blog ini terserahlah pada korang untuk mengimarahkannya.Nanti kami balik bawak berita dan bawak gambar untuk korang.Insyaallah kalau ada rezeki nanti..aku akan bawak kan seko tupai untuk Tidin dan che mat.