Tuk Ngah Sudin tekun melihat Jibam memandikan katak hijaunya di tepi parit depan surau . Perlahan-lahan dia menggosok kening katak tersebut dengan sabut kelapa . `buat apa tu Bam ?` Tegur Bidan Esah sebelum lintang pukang menyelamatkan diri apabila Jibam menghulurkan Katak yang sedang di mandikannya . Selesai tugasnya pagi itu mereka berjalan beriring-iringan melintasi warung Pak Itam. Tuk Ngah tolong  heret  tin susu Jibam yang di ikat bersusun-susun dengan tali rafia kerana tangan Jibam sarat dengan barang-barang lain yang di kutip di belakang rumah Usop Kidung.`wei Jibam `Satu suara meneriak dari dalam warung. Jibam berhenti menoleh . Dekat meja tepi tiang Usin Singai tersengih sambil menghembus asap rokok daunnya berkepul-kepul keluar dari lubang hidung. Beberapa penunggu setia warung Pak Itam sudah mula tersenyum-senyum sumbing .Bersedia untuk berhibur dengan dua orang maskot lawak kampung Belulang. `Meh sini aku nak tanya ` gamit Usin Singai selaku pengerusi majlis . `Tanya apa Pak Usin?` Jibam maju selangkah di ikuti Tuk Ngah Sudin yang memegang kemas tali rafia sebagai langkah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Walau apa pun yang terjadi amanah Jibam supaya menjaga keselamatan tin-tin susu ini akan di patuhi . Kalau terpaksa lari Tuk Ngah akan pegang kuat-kuat dan angkat tin tinggi-tinggi supaya tidak tercicir. `Aku nak tanya kau nih…kau suka main-main ngan katak kan..soalannya..kenapa katak bewarna hijau..?` Seperti biasa riuh rendah gelak ketawa mula bergema dari warung tersebut. `Kalau jawapan kau tak memuaskan hati aku…aku nak kau dengan Tuk Ngah bukak seluar dan lari keliling warung ni lapan kali `. Tersembur lagi gelak ketawa mereka mendengarkan  amaran dari Usin Singai. `Katak bewarna hijau kerana sel pigmen nya lah Pak Usin `. Suli dan Limat sudah sampai tahap menepuk-nepuk meja . Bagaikan hendak meleleh air mata tidak tertahan mendengarkan perkataan kelakar yang keluar dari mulut Jibam. ` Tiga jenis sel pigmen yang di panggil chromatophores yang bertindak bersama menjadikan katak tu hijau…Chromatophores tu saling bertindihan dan jenis pertama nama dier Melanophores ada kat paling bawah.Ia mengandungi melanin , satu pigmen yang bewarna cokelat pekat atau itam…atas dia plak sel iridophores.Tetapi Pak Usin sel ni tak mengeluarkan pigmentasi ..tapi ia memantulkan cahaya.Bila cahaya kena kat sel ni..refleksi keperakkan berlaku. Bila cahaya matahari menembusi kulit cermin pada iridophores…ia memantulkan kaler biru`. Hahahahahahaha…cukup..cukuppp `Usin Singai menekan-nekan perut yang senak kerana dia yang paling kuat sekali  ketawa . Terbahak-bahak sampai tak ingat. Entah kenapa lucu sangat perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Jibam itu kedengaran di gegendang telinganya. `Belum abis lagi Pak Usin…cahaya biru tu pulak kemudian mengenai lapisan atas sel pigmen iaitu xanthopores yang lazimnya mengandungi pigmen kekuningan…jadi cahaya yang tertapis pada sel di atas tu lah yang menyebabkan katak bewarna hijau pada pandangan manusia`. Hahahahahahahahahaha…`bergema lagi sorak sorai riang ria di kampung belulang di pagi yang berbahagia itu. `Ini bermakna kalo lapisan xanthophores tu takde…katak akan di lihat bewarna biru`. `Warghhhhhkahahahahaha`…sudah …sudahhhh…aku dah tak tahan dah..hahahahaha` Usin Singai terbahak-bahak ketawa di iringi yang lain-lain. `Tapi apa Jibam tu cakap memang betul…`Zamiah yang semenjak tadi hanya memasang telinga ketika mereka mempersendakan Jibam tiba-tiba bersuara. Dia mencapai pulut ikan masin yang sudah siap di bungkus , membayar harganya dan terus mencapai tangan Tuk Ngah Sudin. `Jom Abah..Jibam…balik minum dulu..karang dah minum baru pegi bermain balik`. Tiba-tiba warung Pak Itam jadi sunyi sepi . Mereka tidak berani menyanggah kata Zamiah satu-satu nya anak dara kampung tersebut yang memegang ijazah pertanian dari Universiti tempatan.ÂÂ
Kampung Belulang
145 Responses to “BACALAH”
-
Mat// mintak mahap la Mat. Aku tak ingat sangat bulan masehi nih, Tapi kalau raya aidil fitri mesti 1syawal punya.. Cuba ingat ayat ni..
“Menjunjung titah perintah, duli-duli, raja-raja, seluruh persekutuan tnah melayu, Setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia, Seripaduka Baginda Yang diPertuan Agung, maka inilah saya, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan, bahawa tarikh Hari raya Aidil Fitri bagi tahun ini, jatuh pada hari Rabu,15 November 2006 bersamaan 1 Syawal 1427hijrah.”
-
Tapi raya cina kengkadang tujuh aribulan dua.
-
betul tu mat.Kadang-kadang lapan aribulan.
-
aku tak kira, aku nak raya jugak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
-
…sesungguhnye karya JIBAM mempunyai nilai kemanusiaan,keaslian semulajadi,humor,peradapan serta sensitivity,maruah,harga diri,persoalan dan eksotika yg tinggi….maka sewajarnya penduduk belulang memikirkan..siapakah yg patut bertanggungjawab mengadaptasikan jibam dr novel ke layar perak….(pelihara keaslianya)
-
Tapi kalo kiter pikir balik dendalam….masih ada lagi ke keadilan kat dalam alam ni?
-
mat memang busuk..bau tahi ayam lencong..mueheheheeeee..
-
haha..taik ayam lencong..sian ko matttt..wakakaka
-
tak baik gelakan orang kiambang…
hehehiihihhekhekhekehekkkehkehekehehhhh.. -
kiambang..baju che mat tu dah di pass kan ke belum….ke terus ambik sebagai tanda mata dari che mat ahaks..
-
jangan ambik hak orang kiambang…kalau kita ambik tapi minta izin itu baik, tapi kalau kita ambik tapi tak minta izin tu apo bang ujang???
ayat ni penah kuar dalam poster UJANG BUDAK MINANG. ingat laie tak?? -
uih…nyawit. Agak mengerikan bunyi perkataan tu kiambang.Makna perkataan tu lebih terarah pada objek `kelapa sawit` atau `cacing kerawit`? harap jelaskan.
-
kalau tak silap saya dalam novel Jibam tu..usin singai dah lari dari kampung belulang tu dulu..macamana dia boleh ada balik? kiambang tolong jawab sikit!
-
Banyak termakan semut kiambang ni heh heh.
-
patut ler jadi pelupa.untuk kuatkan balik ingatan tu…banyakkan makan kismis kiambang.Tapi kalau nak ilangkan terus ingatan…pekup idung ngan klorofom.
-
clorox boleh gak kiambang..tapi agak busuk sikit la.Seelok-eloknya nak ilang ingatan ni jangan dalam keadaan busuk.
-
owh..gitu ye tok..baeklah..saya akan bubuh sikit minyak atar..malaikat subuh ke..hehe..bagi wangi sket..baru feel nak ilang ingatan ek..
-
haluuuuu..ada orang ke niiii.Assalamualaikum…nak log out dah..saja je singgah.
-
Akhirnya Pak lah kawin jugak. Aku harap bini Pak lah akan pakai tudung demi maruah negara kita sebagai negara islam hadhari.
-
kenapa you all tak bincang perkara-perkara yang serius sikit?
-
Serius? serius macam kat parlimen ke?….ada member cakap kat parlimen pun dia orang gelak-gelak je bila berbincang hal negara.
-
Btul tu spender, asik la sebok perihal benda remeh temeh, walhal byk lagi masalah series yg lain, budak tercicir tak ke sekolah, air umah aku yg berkarat kuar dr paip, duit bantuan kena kelepet…ish ish ish….
Oleh yg demikian cik Lin, kami hanyelah menurut langkah para pemimpin kita…..KEPIMPINAN MELALUI TELADAN….hehehehe -
sapa cakap wa tala selius?
-
ok…lin balik dulu.jumpa lagi esok…bye

ibnukaduk says: