`Kumpulkan pemuda-pemuda yang gagah berani,mat rempit dan pembuli jalan raya,kaki pukul atau bekas bouncer dangdut..kita huru harakan kampung Belulang kali ini` Perintah Ghani komando dengan bengis.Ketua kampung Sebelah hanya terpinga-pinga dalam mesyuarat tergempar di balai raya pagi itu.`Tapi apa motif sebenarnya ?`tanya tok siak kampung sebelah yang sejak awal-awal lagi memang sudah kompius.`Kita mesti ajar penduduk kampung belulang kerana berani mengkelepet kerbau aku` Ujar Ghani komando yang memang terkenal dengan sikap panas barannya.`Tetapi ini dah kira agenda peribadi..tak patut kita melibatkan semua orang`Raop ketua pasukkan kompang kampung Sebelah mencelah.Sebaik saja habis perkataan terakhir keluar dari mulutnya Ghani komando mengkarate meja seperti seorang pemegang black belt kaler biru jurulatih tae kwan do.`Bodoh,bangang,bahalol…!!!` Bersusun-susun maki hamun dan pelbagai bentuk kata-kata lucah di hamburkan sehingga penulis tidak tergamak menuliskannya di dalam blog ini kerana masih ada sedikit rasa malu pada saudara seagama.Ketua kampung Sebelah menundukkan kepala tidak berani bersuara.Begitu juga dengan ajk mesyuarat tergempar.`Korang kena ingat..hari ini kerbau aku mereka kelepet..esok-esok kerbau korang pulak…kita tak boleh mendiamkan diri dengan perkara-perkara mungkar seperti ini..Dayus namanya` Ceramah Ghani komando dengan lubang hidung yang kembang kempis menahan marah.Bertambah-tambah marahnya apabila membayangkan Ucu,Lebai Dolah ,karim dan Pak Itam tersengih-sengih melapah dan membahagi-bahagikan daging seladang yang di bedil dengan senapang dua laras miliknya.
Kampung Belulang
170 Responses to “AMARAH”
-
Aku rasa dia tak pandai sangat kalau di bandingkan dengan bill gates.
-
Tapi orang-orang terlampau pandai ni la yang banyak menjahanamkan alam ni.
-
betol tu tok, maknanyer dorang tu bukan pandai, tp buduh mangkok ayon, dorang telah terhijab dek kepandaian dan merasakan pandai sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula manusia pandai.. nak jer ako telungkop dgn baldi pelbagai warna.. huhhh!!
-
Sabar tu sabar jugak…tapi Sabariah jais kartunis gila-gila yang lukis tiga dara pingitan dalam gila-gila tu jangan di lupakan.
-
Di pagi jumaat yang barakah ini marilah kita sama-sama mengucapkan selawat serta salam ke atas junjungan kita baginda Rosulullahi sallallahualaihi wasallam.
-
Sabariah kekasih lamaaaa…( Hey Sabariah..kalo ko jompa dia lagi..ako hantar kao ke singapora!!!)
-
idupp kak limah!!!!!
-
yaaaa..semoga kak limah sentiasa hidup dalam minda kampung belulang.
-
huhhhh… tok pulakk…hiduppppp tok ketuo!!!!
-
HIDUP TU MEMANG HIDUP LAH A.
tapi jangan hidup jo tanpa amalan…hihihiii -
hhoooooohhhh ado lagi sorang nehhh… idupp johan!!!!
-
mANA ADA yaNG hIDUp tANPA aMALan wAHAi SaudaRA KU eNCIK jOhan…..HAhahahahaAHAHahahaAHAHAHA….Ni semUA yang BuaT gILa AKU dATAng BALik Ni. (Tinggal lagi amalan tu amalan baik ke amalan jahat..Tu AJE BEZANYA..YANG TAK ADA AMALAN ORANG MATI JE)
-
Setiap perbuatan adalah amalan.Setiap amalan adalah lakunan.Nilainya hanya terletak pada ikhlas dan selain dari itu adalah kemunafikkan.
-
Betul la tempat orang gila kat sini.Macam-macam perangai aku tengok.Tapi ok la..daripada buat jenayah kat luar tu.Turun naik mahkamah tak habis-habis…atau macam di luar negeri tu.berperang siang malam.
-
maklum lah mati hanya sekali en.johari, carilah kepuasan untuk merasainya nanti..
-
Ada jugak orang lelaki yang mati dua kali encik a..hahahahaha
-
Apa perbezaan marah dengan amarah?
-
muehehehe, mintak mangap yo suriram, beza nya depan ada ako.

Lipan says: