Mak Itam pegang penyapu lidi.Ghani Komando berdiri dengan mata merah bernyala-nyala sambil memegang parang tapik.Di belakang nya beberapa orang balaci yang rata-rata bermuka bengis macam tasmanian devil itu juga memegang sabit dan cangkul ala-ala samseng dalam  cerita tamil. `Banyak kerja lain aku boleh buat ghani selain dari mencuri kerbau kau tu` pekik Mak Itam dari dalam kedai. Beberapa orang penduduk belulang yang sedang bersarapan pagi tadi awal-awal lagi sudah menghilangkan diri sebaik sahaja ternampak rombongan Ghani Komando yang datang dengan kapcai buruk.Mereka sudah menyangka sesuatu yang kurang best akan berlaku apabila salam yang di beri di jawab oleh Ghani dalam bahasa inggeris. `Ala..kau jangan nak buat `stand-up comedy` la Mak Itam..kau jangan ingat aku tak tau mission impossible laki kau,dengan ucu,dengan Lebai Dolah dan karim nak mengorbankan kerbau aku tuh` Jerkah Ghani sambil mengunyah karipap sejuk yang di ambil bawah tudung saji . `Aku tak tau laaaa…cuma dia cakap kat aku nak ke hutan dalam 4-5 hari memburu seladang…itu jer information yang aku dapat..lain dari itu aku tak tahu menahu`. `Kalau betul memburu seladang..mana seladangnya..manaaaa..manaaaa???` Soal Ghani bertalu-talu.`Seladang apa nya Ghani….lebih seminggu dah ni tak balik-balik`. Ghani komando terkesima.Balaci-balaci harapan kampung sebelah pun turut ternganga. Rasa menyesal dalam hati masing-masing kerana menyerbu dan membuat tindakkan melulu yang seperti akan berakhir dengan rasa malu.`Jadi maksud kau….sejak minggu lepas dier orang masuk ke hutan..sampai hari ni tak balik-balik?` Soal Ghani Komando lagi seakan tidak percaya. Mak Itam menggeleng kepala dan menahan sebak.`Sampai ke hari ni satu perkhabaran pun aku tak terima Ghani..baik dari media cetak mau pun media elektronik `. `Memang la macam tu Mak Itam…dia buat ekspedisi tak buat perancangan rapi…Lain kali cari penaja dulu..kontek media dan buat pelancaran…pastu kena buat slogan malaysia boleh ke apa ke..mintak menteri lancarkan..baru la dapat liputan meluas. Silap-silap boleh dapat lintas lansung kat tiwi.Dia demam ke…sakit gigi ke..kaki tergeliat ke semasa ekspedisi tu boleh di siarkan lam akhbar aliran perdana` Panjang lebar Ghani Komando memberi penerangan. `Jadi berbalik kepada missi asal kedatangan aku ni…pertama aku nak ambik balik senapang aku yang Ucu pinjam tu..kedua aku nak cari kerbau aku yang masuk ke kampung belulang ni minggu lepas`. Kesaspenan Mak Itam agak reda sedikit apabila intonasi suara Ghani Komando menurun. Balaci -balacinya juga sudah menyandarkan cangkul dan sabit yang di bawa tadi ke dinding kedai. `Kalau kau nak senapang kau balik..kena la tunggu dia orang tu balik…tapi kalau kau nak kerbau kau tu balik…kau cari la dalam kampung ni..tapi sepanjang aku duduk kat kedai ni tak ada pulak aku nampak kelibat beliau melintas kat area-area sini`. `Macamana bang… nak tunggu ke nak cari?`Samat Terrano mengangkat kening. Ghani termenung panjang memikirkan sesuatu. Dia mengerling jam tangan LOLEX yang di belinya di petaling street tahun lepas.`Awal lagi ni..apa kata kalau kita ngeteh dulu?` Soalnya kemudian. `Cantik jugak tu…kena kopi `o` keras ngan karipap sejuk ni layan jugak` sambut che mat yang sentiasa menunggu peluang orang sponsor sarapan pagi. Sedang mereka leka berbincang di meja depan kedai….Mak Itam menyelinap ikut pintu belakang sambil menyinsing kain batiknya sehingga ke paras lutut dan berlari seperti watson nyambek menuju kerumah Piah.
Kampung Belulang
110 Responses to “OPERASI KERBAU”
-
hadooooo..terlalu lama la ako menunggu kesinambungannya.jangan la menunggu sehingga ako kembali kerahmatullah baru disambung cerita ini.tidak baik lah seperti ituuu.
-
arramak tok ketua dah sound gua la….maap ye tok…sajer testing jer tu..hihihiii
-
Tu bukan sound la JOHAN….tu nasehatttttttt.kalau sound mesti pakai speaker dan amplifier.
-
karya-karya anda mencabar kewibawaan penulis-penulis terdidik-sesungguh nya itu anugerah tuhan kepada anda.Kenapa tiada lagi novel seterusnya kerana saya yakin masih ribuan pencinta sastera humor menanti nukilan ilham mu.
-
aku suka karya jaafar taib.
-
Kenapa tidak di adakan satu kelas bimbingan melukis kartun di sini ..adakan ruangan untuk peminat post kartun dan abang ujang bagi komen.Saya rasa ini ramai yang nak join.betul tak?
-
aku setuju bebeno ngan idea madigombak tu…minta bigboss gila-gila idupkan balik kolum yang pernah dikelolakan oleh arwah Pak Jab. minta ujang plak yang kelolakan ruangan tu…mantap la beb…
-
saya setujuuuuuuuuuu`.Tapi kena bayar ke tak?
-
Nak masuk tandas buang air pun kena bayar cik karipap…ini kan pulak nak belajar.yang free dalam dunia ni sekarang cuma menyedut nafas je.
-
secara lahiriahnye..sedut napas itu adalah pree..tetapi jika dikaji dan ditenung sedalamnya perigi..sedut nafas perlu dibayar secara berkala..solat 5 waktu sehari semalam yg di suruh oleh yg Maha Pencipta..juga dengan amalan2 yg lain sebagai cara..mentaati..mensyukuri nikmat kurniaanNya..

singh says: