Kalau anda pernah membaca siri koleksi gila-gila bertajuk AKU BUDAK MINANG serta siri koleksi ACA & ATUK pasti tidak lupa satu watak bernama ACA yang banyak memainkan peranan di dalam karya-karya tersebut. Watak yang di hidupkan semenjak tahun 80an ini terus hidup di hati peminat-peminat kartun tanahair sehingga lah sekarang.Sepanjang tempoh 24 tahun itu saya tidak pernah menyiarkan kepada umum akan wajah sebenar adik bongsu saya ini yang cuma di kenali melalui  watak ACA di dalam majalah GILA-GILA dan di dAlam buku koleksi ACA & ATUK .Untuk pengetahuan ACA telah pun kembali ke rahmatullah kira-kira 3 tahun yang lalu akibat kemalangan jalanraya di senawang, seremban.Semoga roh nya di masukkan kedalam golongan orang-orang yang di redhoi.AL- FATEHAH.

gamba2.jpggamba1.jpgkEDUA-DUA PHOTO TERSEBUT DI AMBIL SEMASA SAMBUTAN HARI RAYA DI KAMPUNG.APA YANG TINGGAL KINI HANYALAH KENANGAN. INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUN.