Sejajar dengan pelan induk pembangunan pendidikkan 2006-2010 kementerian pelajaran malaysia (KPM) sedang dalam usaha memertabatkan pendidikkan kesenian di kalangan pelajar bagi memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa.sehubungan dengan itu Kementerian Pelajaran melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM) akan mengadakan forum Pentaksiran Pendidikkan Kesenian Kebangsaan sebagai platform bagi para penggiat seni dan cendekiawan seni berganding tenaga bersama KPM menerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam merialisasikan harapan menghasilkan lebih ramai seniman berilmu serta ilmuan yang peka seni di masa hadapan . Sehubungan dengan itu sifu Jaafar Taib dan Kartunis Ujang akan berangkat menghadiri sidang tersebut yang akan di adakan di Hotel Sofitel Palm Resort atas undangan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh 29 julai-31 julai 2007.Kepada ahli-ahli kampung belulang yang berada di sekitar Johor Bharu yang ingin bertemu dan makan roti canai bersama-sama ketua kampung Belulang pada tarikh-tarikh tersebut boleh lah datang sekitar jam  4.00 – 6.30 petang di lobi sofitel Palm Resort-kerana time tu je waktu rehat nya . Selain dari waktu yang tersebut kalau nak datang boleh juga tapi makan la sorang-sorang kat situ atau ajak kawan-kawan lain . Di harapkan selepas forum ini di laksanakan akan bertambah ramai lah lagi rakyat malaysia yang akan berpindah ke alam strebentuen.Insyaallah.