Pernah dengar nama Ulu Langat? Suatu lokasi di negeri Selangor yang bersempadan dengan negeri Sembilan.Berhampiran dengan banjaran titiwangsa yang masih segar dan subur dengan persekitaran hutan hijau tropika.Terdapat aliran air sungai yang jernih turun dari pergunungan melalui jeram-jeram perkelahan,Tasik buatan atau dam takungan air yang menyimpan pelbagai spesis ikan air tawar serta perkampungan orang asli yang separa moden.Uniknya Ulu Langat kerana ia masih menyimpan keindahan pemandangan seperti 20 tahun yang lampau-kabus tebal meliputi banjaran di waktu pagi,lolongan ungka masih kedengaran di sana sini dan bunyi unggas rimba bersahut-sahutan seolah-olah menjelmakan kembali situasi kampung belulang yang akan menjadi permulaan dari kisah ini.Di Ulu Langat juga masih terdapat banyak pondok-pondok pengajian tariqat bagi pencinta-pencinta ilmu.Maka seolah-olah terdapat satu kesesuaian dari segi kerohanian untuk menghidupkan watak suman si sufi yang tersembunyi di wilayahnya.Apa bila producer jajja production sdn bhd saya hubungi pagi tadi untuk bertanyakan di manakah lokasi penggambaran Jibam yang sudah di kenal pasti…dengan yakin dia menjawab`ULU LANGAT`.Maka saya merasakan pendapat itu sudah muafakat dan apa yang kita harapkan hanyalah doa dari seluruh penduduk kampung belulang agar perancangan ini berjalan dengan baik,insyaallah.