Tu ler.Takder kejer cari kejer.Dah ada kejer..melampau-lampau la pulak sibuk nyer mengalahkan presiden papua new guinie.Skang nih tengah lepak kat otel Mid Town Kola Terengganu.Petang tadi sampai dari kelantan menjalankan beberapa modus operandi mewakili CREATIVE ENTERPRISE SDN.BHD di Universiti Malaysia Kelantan.Alhamdulillah segala yang di rencanakan berjalan dengan baik.Helmy anak sasterawan negara A.Samad Said telah pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang tadi ngan flight MAS setelah 2 hari 1 malam lepak ngan kami di kelantan menjalankan tugas-tugas inkrufrendens kerflemfess.Insyaallah 27 hb december kami akan berangkat ke London meneruskan missi operandi yang telah di jadualkan(saya sudah nekad akan menyanyikan lagu LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN jika berkesempatan singgah kat jambatan yang popular dan tertulis lam buku teks masa darjah tiga dulu).Itu pun jika tidak ada aral melintang.Semenjak dua menjak ni berkeping-keping aral melintang dan membujur…tapi kami sudah sepakat memegang janji membujur lalu melintang patah.Asalkan jangan sampai patah riuk udah ler.Seperti biasa doa restu dan sokongan moral dan politik amat di alu-alukan dari seluruh warga kampung belulang demi meneruskan perjuangan yang belum selesai.(macam pernah dengar je ayat tu kan hahahahaha)-Esok jumaat….jam 11-1 tghari & 3-5 ptg sessi melukis di MYDIN kola terengganu.Sesapa yang dok dekat ngan Kuala Terengganu atau di philadelphia tu di jemputlah datang untuk meramaikan majlis di samping minum free teh yang di taja oleh TEH BOH malaysia.Settle jer kejer di MYDIN Kola Terengganu…terus melarikan diri untuk bersama-sama krew CREATIVE CORNER menjalankan promosi di GIANT HYPERMARKET Kuantan pulak.Kat situ dah gerenti la tu melepakkan diri dari pagi sampai ke petang sebelum bertolak pulang ke kolumpo pada sebelah malamnya.Sabtu….rasa macam dah nak rilek dah tu.Tapi tak jugak…sebelah malam jam 8 malam kena hadir kat KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FILM FESTIVAL pulak di pwtc.Ahad lak 2 december 2007…ada event lagi di CENTRE POINT Seremban.Lepas tu ada lagi..pastu ada lagi…lagi dan lagi.Tapi jangan bimbang…saya tetap akan cuba meng online kan diri setiap kali berkesempatan dan tetap pulang kerana kata jiran saya `setinggi-tinggi terbangnya bangau,akhirnya kembali ke belakang kerbau`….oh ya…ziarah juga blog sahabat baik saya syeikh HELMY SAMAD di—> http://www.helmysamad.blogspot.com
Kampung Belulang
59 Responses to “MELAMPAU LA SIBUK NYERRRR PULAK”
-
aku ni nak kata tak menyokong majalah ni tidaklah jugak, sokong sangat pun tidaklah jugak sb. dah lama benar aku tak membeli majalah gila-gila…kurang sen pun iyelah jugak…lagipun aku ada gak terasa lawak2 nya bebiasa shj kecualilah tok ketua tu sendiri, mmg lawak nya tahap estravaganza…tpkan, kdg2 kita kena bezakan antara lawak dan lukisan…tak semestinya semua yang pandai melukis tu pandai melawak di dalam lukisan tersebut…ha…bkn sng nak dpt pekej yg sempurna nih!
er…apa aku cakap nih? -
Ada beberapa perkara memang perlu perubahan..tetapi ada juga beberapa perkara yang tidak perlu berubah.Misalnya sejak kecil sampai dewasa lubang hidung kita tetap dua…tidak berubah jadi tiga atau empat walau pun kita sudah maju.Apa bila kita terlalu excited membuat perubahan lebih banyak kerosakkan akan kita hadapi.Cuba lihat michael jackson…bukan bertambah cantik…dah jadi macam zombie muka dia.Begitu juga gila-gila.Tidak perlu jadi Gila kerana Gila-Gila masih waras dan mempertahankan kewibawaannya.
-
Assalamualaikum semua…
hihi…lamo tak berforum dalam blog jibam..ghindu ya amatlah rasanya.
apo crito ni…pasal majalag GILO2 tak menyontap lawak eh…amboi..macam best jer bunyi pbincangan korang kali ni..
bagi aku majalah gila2 ni…dah sampai satu tahap yang susahnakcakap…makonya…dia akan mgalami peringkay monopaus..oleh itu jangan salahkan sesiapa kerana dia akan mgila bilo tibo maso eh.. -
peringkay tu samo makno ngan asam boi. cari dalam kamus jawa barat muka surat doblas..ado sobut makno eh dio tu..
-
Sumi..aku setuju dengan pendapat kau.bukan sahaja ukuran lubang idungnya bertambah besar..malah bulu idung nya juga akan bertambah lebat.
-
Do I miss something?
-
bulu idung tu ada kegunaan dia. orang selalu lupa. dia berperanan memerangkap serangga yang mungkin tersilap umah ataupun melindungi peparu dari debu2 cinta. kalau dah di trim sampai botak. dikhuatiri akan menyebabkan radang hidung. dr. palmasiam cakap.

sepuluhbudakhitam says: