Waktu sekarang jam 4 pagi di kota London,kalo kat malaysia ada ler lam pukul 12 setengah kot (korang boleh lah bersiap bentang-bentang tikar untuk smayang jumaat) sementara saya,helmy samad dan zanuar dok terkebil-kebil kat katil masing-masing tak boleh tido kerana perubahan masa.Bayangkan bertolak 27 hb dari KLIA,setelah 16 jam perjalanan kami sampai di lapangan terbang Heatrow masih jugak lagik 27 haribulan.Biol betul….dan yang lebih tragik lagi terpaksa tido tegak kat dalam flight pasal Pak Arab yang duduk kat kerusi belakang asik komplen setiap kali kami nak baringkan tempat sandar.Kalo tau azab macam ni baik duduk kat depan dengan pilot….dapat gak nengok pemandangan sambil tolong bawak kapal terbang,tak le boring sangat.Satu cerita best semasa transit di Bahrain…Helmy Samad terkelepet dek Pak Arab.Beli coke satu tin,bayor 5 dollar…Pak Arab tu kasi baki 1 dinar je hahahahahaha.Padan muka dia.Nak marah Pak Arab tu tak reti spiking la pulak.Buat rugi air liur je.Sayugia di ingatkan sebelum tu saya dan zanuar pun terkepelet juga bila order teh 2 cawan,bayar 5 pound dan dapat baki duit siling..dah la kecik,tak lawa pulak duit tu….nombor pun takder…rupa macam token permainan budak-budak kat fun fair je.Padan jugak lah muka kami berdua.Moral of the story…Pengkelepetan sememangnya berlaku di mana-mana dan kita perlu lah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuanuntuk mengelakkan golongan setan kabir ini mengambil kesempatan ke atas orang-orang yang bodoh.Heh heh..macam cerita lam buku teks budak darjah satu epal la pulak…siap ada pengajaran.Penerbangan dari Bahrain ke Heatrow 7 jam 40 minit pun masih dalam penyeksaan yang serupa apabila kapalterbang di penuhi Pak Arab dan kami masih terpaksa tidur tegak kerana yang duduk belakang tak kasi kita baringkan tempat sandar sedangkan Pak Arab yang duduk depan rebahkan kerusinya di tahap maksimum hingga kami bertiga tersepit dengan senyuman sengsara.Pengajaran kedua yang boleh kita ambil di sini ia lah…Patut lah Nabi di turunkan di kalangan orang Arab untuk memperbaiki akhlak mereka yang memang jauh sesangatlah berbeza dengan masyarakat kita yang berbudi bahasa dan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.Nasib baik lah jugak paramugari yang melayan kami bukan dari bangsa arab..kalau tidak boleh jadi kami akan meninggal dalam kapalterbang kerana kelaparan atau terpaksa makan majalah yang di sisipkan di belakang seat untuk menghilangkan lapar.Esok awal pagi kami akan memulakan modus operandi sebagaimana yang telah di rancang.Cuma alhamdulillah banyak kerja dapat di selesaikan sebaik saja sampai ke kota London atas bantuan Encik Ishak empunya mansion yang baik hati.Dengan pengalaman 7 tahun bermustautin di kota London terlalu banyak maklumat kami terima memudahkan dan melancarkan kerja-kerja di samping mengurangkan risiko terkelepet lagi sebagaimana di Bahrain.Insyaallah saya akan terus menghantar berita-berita terkini dari kota London untuk penduduk kampung belulang yang di ingati.Oh ya….sebelum saya menamatkan catatan ini di harap sumi dan kiambang seperti biasa tolong pantau jadual makan ubat semua penduduk supaya sekembalinya saya pada bulan januari nanti semuanya masih dalam keadaan waras dan setabil.Adios esprunut kompurutempom mofulendesssssssss“
Kampung Belulang
36 Responses to “BERITA DARI LONDON”
-
yeahoooooooooooooooo…..
org pertama….1st time jdk org 1st nih..hns hns… -
don’t be ‘noti-noti’….
don’t go to the no good-no good place ha…!!
don’t forget to come home….
right here waiting…. -
Kalau ada kesempatan gi la mancing puyu kat sungai Thames.
-
Takde gambar ke?
-
Gambor nanti kita up load kat http://www.Lubuk.Net/forum/
-
tok …try lah ajak queen of england begambo same…
-
Buat masa sekarang gambor-gambor tersebut boley ler di pertengokkan di —–> http://www.helmysamad.blogspot.com atau kat http://www.tigaabdul-fuyooo.blogspot.com
-
Buat masa ini beberapa gambar yang sempat di rakamkan telah di up load dalam blog sahabat saya saudara Helmy Samad-sila klik kat—-> Http://www.helmysamad.blogspot.com
-
Pergh!! Tok dah menembusi luar cakerawala bumi Malaysia yg cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Walaupun tok dan sahabat sedelegasi telah dikelepet oleh tok2 Arab yg perangai pelik macam tapir tuh, harap terus maju ke hadapan utk menaikkan martabat kartun Malaysia di persada antarabangsa dan seluruh cakerawala sehingga ke planet zargus. Er..er.. tok buleh tolong kem salam kat Ryan Gigs dak muekekekeke….!!
yg betul;
adikyah -
animaTOT…Ilmu berjajalan-jalan ni boleh di tuntut kat TDC,kat member-member yang sering berjalan,kat ahli-ahli yang berpengalaman di kelepet dan melalui buku-buku travel log.harap maklum.
-
tokkk..sehat ke?kami disini sume okies jek..kak limah je selsema manja gitu..moga tok tak kena kelepet lagi ye..
-
eh lupa plak..pak arab ni mmg kaki kelepet..memang patut pon para driver teksi dan limo di KLIA mengkelepet dorg time dorg dtg holiday kat sini wakaka..mari mengklepet pak arab huhuhu
-
Saya rasa apa yang sumi cakap tu ada kebenarannya.Tak logik la ek Pak arab bukak restoren kat air port tu tak reti spiking,sedangkan kat dinding kedai nya tuh terang-terang ada signboard NO SMOKING.
-
… huhu …
-
hahahgahahahaaa…
hahahahahahahaaa..
hahahaaaaa…
apo dio cakap tu???? -
hihihihihi…best ayat tu.kelakar dan tajam.
-
hahahaha…memang bagus slogan tu sumi boleh tampal kat dalam rumah nih….
-
ooo…baru paham. kito sekolah takat darjah duo yo.
ni baru nak masuk skolah balik. hihii -
Tok ketua kauorang dah balik ke dari merantau?
-
tulah dia sumi di samping menggalakkan merokok jugak mengingatkan akibat merokok tu….hahahha…….
-
dpd merokok baik makan megi…kenyang pun kenyang.tak gitu?
-
konyang memang konyang ron..lamo2 jendol kepalo kau nanti..menambahkan lagi kenipisan lapisan ozon dibueknyo karang..makonyo..elok kau makan telur robus yo…kombong perut kang bleh buang angin badan. muahahahaaa…
-
mak niza kata nak buang angin dalam badan elok makan halia.
-
Seram-seram tu yang best tu tidin..tu pasal ramai orang suka masuk rumah hantu kat fun fair walau pun kena bayar tiket.Pasal nakkan keseraman nya tu.
-
hahahaaa..itu belum kira berapa ramai yang nak jadi hantu kek umah hantu tu…ado la tu yang bestnyer…
jadi kalau nak real seram masuk la lubang kubor..tolong orang gali dan baringkan jenazah kek sanun. nak best tido kek sebelah jenazah tu sambil suruh orang kambus kan tanah.t.ingat den maso jion kem motivasi dulu. diorang suruh tido lam lubang kubor tongah malam. siap tutup lubang tu ngan papan laie. dah ghaso geletar badan. Subhanallah…..
-
jon..ko ‘jion’ kem motivasi mane tu?msti best kan..lenkali ako nak ‘jion’ gakla wakakakaka..teringat 2minggu lps masuk umah hantu kat kampus ni..studen buat..sapotle..dpt tiket free plak hehehe..sumpah tak seram..kalo nak seram mmg kene duk lam kubo la hehe
-
ko memang la tak seram…bebudak yang jadik hantu tu yang naik seram nampak ko masuk…ada member cakap laaa… ada budak yang jadi hantu tu naik demam kuning bila nampak kaki ko je masuk….tu belumbadan laie….tobat nak nak JION dah lain kali dio katoo..wuuuu..
-
Great work ! very usuful ~!!

intan says: