Jam 5 petang lepak depan Stabak, langit sudah gelap.Poket makin rabak.Pukul 4.38 kat sini dah nak malam.cahaya lampu neon begemerlapan dan pelancong dari seluruh dunia berbagai bangsa mundar mandir di segenap pelusuk jalan dan lorong pada setiap masa dan saat seolah-olah setiap inci kota London ni harus di periksa dan setiap bangunan yang ada di sini harus di ambil gambarnya untuk di tunjukkan kepada orang kampung masing-masing apabila pulang nanti..Saya masih belum dapat mensetabilkan kepala otak.Rasa-rasanya `Jet-lag` ni akan berlarutan sampai lapan hari.Al maklum sejak sekian lama sudah di `setting ` dengan waktu malaysia.Helmy samad agaknya sudah bosan apabila saban hari saya bertanya jam dan waktu kat dia pasal saya memang tak suka pakai jam sejak darjah 3….sementara sebelum-sebelumnya pulak saya memang takde jam.Seperti biasa pagi semalam 6am sudah bangun walhal waktu subuh di kota London pukul lapan pagi.Kalo di malaysia kira bangun time sahur ler ni.Kemudian menjalankan tugasan-tugasan yang telah di rancang,menjelang lewat petang kami sudah keletihan kerana suhu yang rendah membuatkan perjalanan darah menjadi `slow` malah terasa begitu penat mengheret baju tebal dan `snow-cap` kehulu-kehilir.merimaskan,janggal dan terasa sangat kelakar.sesekali terasa macam badut sarkis je pakai baju berlapis-lapis serta kasut water proof yang besar gedabak konon untuk mengelakkan `reput-frost`..walhal dah 4 hari takde salji pun.Hasil dari pelbagai tindak balas dan kelewatan menyesuaikan diri tersebut kami menjadi terlalu penat dan terjadilah pelbagai adegan-adegan kelakar yang pastinya akan saya muatkan dalam buku koleksi kartun saya yang terbaru nanti.Antaranya peristiwa di kelepet lagi dan di kejar peminta sedekah dengan kereta sorong sehingga saya berlari seperti orang gila di tengah kota London.Sehingga pagi ini saya masih tersengih seorang diri dan terbayang betapa seksanya paru-paru mengepam oksigen di dalam suhu bawah daripada 1 celcius.
Kampung Belulang
60 Responses to “PENGKELEPETAN PART (2)”
-
Maaf lama tak online…..terlalu sibuk dengan hal duniawiOtak jadi kompius sikit dengan kepelbagaian HAL ..,alhamdulillah sekarang dah ok sikit dan Insyaallah akan mula up date balik perkampungan kita ini.vannakam.
-
Yahooooo…parlimen dah bubar.aku boleh bertanding tahun niiiii
-
selagi aku ada kau jangan harap la nak jadi perdana menteri.eh…emosional plak aku.apa niiii…tak sukaaaaa
-
Aku hempuk jugak si Limah ni dengan basikal ni karang.
-
apasal ramai sangat marah kat aku ni.Apakah salah dan dosa ku? nyatakan…nyata kannnnnnn.ah…gi bancuh milo jap lah kat dapo.
-
Kembalilah ke jalan yang benar Limah.
-
hihihihi…memang arwah suman pernah cakap dulu…Bila berada di langit nan biru,jangan lupakan rumput hijau di bumi …tu tak lain tak bukan pasal hukum graviti la tu….pasal kalo terhempas dari langit nan biru ke rumput nan hijau…hijau jugak muka di buat nya kerana senak yang teramat sangat.
-
halluuuu…
mano poie ibnukaduk ni…kato nak main guli tadi.
orang dah ready sebalang guli ni.
leceh la macam ni..takkan nak ajak imam_lapar kot..karang di telannyer guli ni..dio tengah lapar tu.. -
Tok…saye student malaysia yg tok jumpe kat london~ tok ingat tak kito tangkap gambor samo2…sayo tak dapek jumpe laie gambor tu tok…mano la tau tok ado copy ko? boleh kirimkan???

ujang says: