Dalam menjalani kehidupan ini ,kita sentiasa sahaja menguruskan pelbagai HAL duniawi dan ukhrawi.Celik sahaja mata, otak dan minda kita akan mula bekerja memerhati,memproses dan seterusnya bertindak.Setiap hari kita akan melakonkan pelbagai watak menurut kesesuaian masa dan keadaan atas sesuatu kepentingan.Tanyalah kepada diri apakah kita melakukannya semata-mata kerana Laba,kerana pangkat dan nama atau kerana Allah.Bagi manusia yang singkat fikiran atau yang rosak hatinya tiada memikirkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hawa nafsu lalu Allah menutup pandangan bathinnya.Maka tiadalah dia dapat menilai hakikat manusia di sekelilingnya itu seorang yang tahu,tidak tahu atau malas ambil tahu.Menganggap orang lain bodoh adalah satu kebodohan yang nyata,menganggap orang lain tidak tahu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu dan malas ambil tahu bukanlah bermakna seseorang itu tidak tahu apa-apa.Maka berhati-hatilah di dalam menilai manusia kerana orang yang tajam fikirannya sering sahaja berlagak tidak tahu dan orang yang bodoh sering sahaja berlagak mengetahui segala-galanya.Kalau pun kita tidak malu manusia tahu hakikat pengkelepetan kita,sekurang-kurangnya kita patut malu kepada Tuhan kerana Tuhan mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.
Kampung Belulang
104 Responses to “TAHU,TIDAK TAHU DAN MALAS AMBIL TAHU”
-
manerrrr plak ni haa…? tadi kata nak lepak sini….
sah kena cong aku ni….dah lama mlangguk takde pun muncul…
aku balik kang dia datang pulak…
pastu merajuk…nak kene pujuk plak. menyampah betul lah.
aahh..balik jer lah…dah naik sawang kelengkang aku ni ha….
sebelum sawang naik ke kepala baik aku cau!! -
hehehee…apo kono kau ni en. kurus kerin.?
sapo kau nunggu tu? gelpren ke apo? ajak kawin jer. senang crite…kihkihkih -
Tu nak ajak kawin la tu…tapi dah tak datang.nak ajak macamana.betul tak encik kering?

en. kurus kering says: