
Sejak beberapa tahun lalu saya sudah memulakan kempen hak milik karya intelek agar di perjuangkan dan di ambil perhatian.Hanya seketika Rangkaian televisyen Nasional mengiklankan tentang usaha yang serupa dan menghebahkan betapa perlunya hakmilik karya intelek ini di beri perhatian.Beberapa kempen penerangan di jalankan dan kaunter khidmat nasihat serta rundingan berkenaan Intelect property ini di ujudkan dalam beberapa ekspo perdagangan yang saya hadiri….dan kini ianya beransur-ansur senyap sebagaimana kempen-kempen yang lain di malaysia yang lemah dari segi penguatkuasaan.Namun saya akan tetap bercakap dan terus bercakap di setiap ruang dan kesempatan tentang perlunya hak-hak pengkarya ini di lindungi dan di ambil perhatian baik melalui media cetak mau pun elektronik kerana di zaman ini perompak sudah berani merompak secara terang-terangan dengan memanipulasi undang-undang.Lawan tetap lawan biar pun kita akan mati sebagai seorang yang miskin.Lebai suman dah pesan-`Biar mati miskin tapi bermaruah dpd mati kaya tapi semua duit rasuah`
Kampung Belulang
32 Responses to “HAK MILIK KARYA INTELEK”
-
Apa kata “Tembakau” tentang “Kartini” nya. Apa pula kata Puan Ainon PTS?
-
teruskan perjuangan bang ujang..sy sokong dr semua sudut..samada sudut cangkah..sudut tepat..malah sudut -360 skalipun..kipidap!
-
Ibnukaduk menentang penciplakan dan monopoli hakcipta karya para pelukis, ilustaror, animator, kartunis dan kelompok rakan-rakan seperjuangan kami oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Elok ditubuhkan sebuah JKK menyamai MACP yang telah diakui sebagai, pelindung hakcipta komposer dan penulis lirik tempatan.
-
Eh.. bila pulak aku keluarkan kenyataan akhbar di atas? Ni pengerusi Tetap juga menciplak kenyataan aku yang belum aku keluarkan. Oh keliru sungguh, teramat keliru.
-
Heh heh heh… lagi sekali aku terkeliru. Bagaimanakah Tok Ketua boleh meng’akses’ internet dalam kesibukan menandatangani buku-buku dan melayan pengunjung-pengunjung ke Pesta Buku di sinun.
-
Mereka yg nak memiliki atau menjaga hak intelek tuh sendiri mestilah intelek sesungguhnya……….kalau tak terklepet jua akhirnye………kalau ada banyak hak intelek pun tapi tokleh/tak mampu diterbitkan pun tak guna….maka perlu ada persefahaman tengtang hak si pencipta dan hak si penerbit dan kalau muncul pulak si penciplak, yg dua tadi harus membesalah mangkuk tu seharusnya. tapi sekarang ni……si pencipta dok ego dgn ciptaannya macam best sangat….tak pikir benda tu boleh jual ke tidak ,yg si penerbit lak bila boleh buat untung dok belasah si pencipta…tamak lah pulak ,lalu bercakaulah korang …..end of the day hapah pun tarak……..cubalah bincang bebaik……..biar dua pihak boleh buat untung………rezeki Tuhan bagi sama-samalah makan…..
eerrkkkk ari …ari apa? bila ari sabtu ek?
-
kiambang ….eswok yakni sabtu mai lagi….klu tok tak de abang semuutie ada …..dia tak sain takpe…..abang semutiee pun boleh tolong sainkan……nak sain apa? sains sosial,sains tulen,sains rumah tangga, sains kejuruteraan, sains politik atau petrosains……..suma pun abang semuutiee bole sains kan….
Hari Jumaaat memang hari yg best……pasal esok Sabtu(cuti) dan semalam Khamis(malam semalam heh!heh!)
yeah!yeah! besok sabtu…….
-
Saya setuju dengan pendapat encik semuutiee….harap tolong lah sebar-sebarkan amanat tersebut,iaitu setiap orang yang nak memilikki hak intelek haruslah intelek….Intelek sungguh pandangan ini hahahahaha`.Tak sangka pulak intelek ni rupa-rupanya boleh main jadi-jadi je.Kalau tau sejak dari awal lagi saya dah jadi seorang yang intelek dan menjadi peguam,professor atau terus saja jadi PM memerintah negara malaysia.Tahniah kerana anda mampu meletakkan diri anda dalam fail yang satu lagi.Fail tersebut dalam alam strebentuen di sebut sebagai MENTROFROZEN KEMUPLUNDENT.
-
Pada pendapat aku pulak ..ada juga intelek tapi bodoh.eh…intelek ni sebenarnya apa?Apa beza intelek dengan genius?
-
Hallaaaa..apa susah-susah sangat.INTELEK ialah orang-orang yang termasuk dalam golongan tukang telek.Dia tau meramal masa depan.Perkataan IN dalam bahasa inggeris ialah DALAM atau MASUK.Contoh ayat-GET IN = meh masuk.Sementara TELEK pulak ialah NUJUM atau RAMAL.Jadi apabila di gabungkan kedua-duanya maka menjadi INTELEK yang membawa maksud..orang itu termasuk dalam golongan tukang telek.cukup tak penerangan aku tu avatar?
-
aku menerima cadangan tok itu dengan sebulat bola takraw dan selebar meja ping pong. selain itu saya jugak nak menyeru agar kak limah datang dan menjalinkan hubungan baik semula dengan kak kiah kita tu. begitulah adanya.
-
ajak kakak-kakak saja ke? Abang-abang ni tak nak ajak sama ke.
-
hehe..alah ronny ko bawak yo la sapo2 kau nak bawak tu ha…gelpren ke? abang long ke? jiran tetangga ke? semuo lah nak sobut pun banyak sangat karang jadi esei plak komen den ni ha. sebab apo kau tau? SOBAB PESTA BUKU UNTUK SEMUA!!!
-
ele jonjenin tu macam lah dah pergi.
-
aku dah pergi limah. takkan aku nak bagi tau
WOIT!! AKU DAH DATANG PESTA BUKU PWTC NIH!
kehkehkeh… -
relax jon..yg ko nak bertekak ng kak limah tu watpe?ako yg berselisih ngan dia masa hampir tersepit kan main entrance pwtc tu leklek je nih..kalo ako tak silap orang la aritu..sungguh jelita kak limah rupanya kehkehkeh..
-
ni aku nak ketawa ni…masa bila aku marahkan limah tu..kan aku gelak kehkehkeh…
alah limah pun rileks je.
aku pun nampak dia…sajer maleh tegur,,,kang dia bangga lak.hehehee -
Di negara maju Intelectual property ni lebih bernilai dari tangible properties. Tgk JK Rolling tu, lebih kaya dari Queen sbb dia punya karya. Termasuk juga Charles M. Schulz (pelukis peanuts), Scott Adams (pelukis Dilbert) kaya raya dengan karya kartun diorang.

Pengerusi Tetap says: