Malam ini saya akan berhijrah seketika 53 kilometer di tengah hutan hujan tropika untuk merisik khabar.Kalau-kalau ada e-mail atau telegram dari alam strebentuen.Sementara saya menjalankan tugas ini ,ingin saya menyeru semua ahli kariah kampung belulang agar cuba menghadamkan dan mencari tafsir-tafsir harfiah bagi tulisan ini sehingga telinga masing-masing berdarah.Selamat menyerabutkan sereberum kalian.Alfonso kwonsenfelnsesss…
SIDANG PARA MONYET.
Pagi ini keserabutan di dalam beberapa urat sereberum Malim berada di tahap melampau setelah merasakan DIRI berjaya menyusun dan memberi angka-angka nisbah terhadap file-file yang bersepah.Setiap satu siap dengan nombornya dan setiap nombor Malim susun menurut adabnya.Sambil berjalan ke stesen LRT Malim menyelak kepilan-kepilan file sekadar untuk memastikan setiap satunya tidak bersepah lagi menambahkan kesibukkan alam fikiran yang berlapis-lapis di ruang binari i.6 ini adanya.Namun dalam ruang kesempatan yang amat sedikit sekali ini pun mampu juga sidang meja panjang menambah beberapa folder `new document` untuk Malim fikirkan pula di kesempatan yang lain.Sesungguhnya perkataan `defrag` yang di sebut oleh sahabat Malim syeikh al Dome dari pantai timur itu amat muafakat sekali rasanya buat masa ini.Biarlah Malim ceritakan serba sedikit kandungan dan rumusan dalam file-file yang Malim susun sekadar untuk berkongsi rasa dan berkongsi keserabutan yang syahdu ini.
Ada pun perihalnya file yang nombor ( 1 ) itu; tercatat di dalamnya keinginan-keinginan Malim yang di dasari kebodohan terhadap apa yang tidak seharusnya dan berdasarlah ia pada tanggapan apa yang baik dan terbaik bagi seseorang manusia.
File yang nombor ( 2 ) Catatan-catatan kemunafikkan Malim ketika menggunakan kerasionalan demi membenarkan pemikiran dan tindakkan yang tertumpu kepada diri Malim sendiri dan bukan pada realiti yang akhir.Maka Malim masih mencari-cari ketulusan di situ untuk mengubatnya.
File yang ke ( 3 ) tersusun berbaris-baris perasaan bangga Malim terhadap diri sendiri,mengagungkan harta benda dan kekerasan akhlak.Malim melakukan sifat-sifat yang terpuji di mata makhluk tetapi tercela ia pada perinsip keserabutan sejati.Malim Masih mencari pengabdian secara benar dan total,kerendahan dan kefakiran yang menduduki hirarki teratas…namun sehingga ini kebanggaan diri yang menggunung menyekat laluannya.
Perihal yang ke ( 4 ) keinginan-keinginan Malim untuk di puji dan di sanjung makhluk membina dinding yang tebal sehingga terhalang penilaian objektif Malim terhadap diri sendiri yang sering pula berakhir dengan sesalan-sesalan serta kehinaan diri.Beberapa kali Malim cuba mengoyakkan file ini namun kebimbangan pada tumbuhnya tunas yang baru memansuhkan gerak Malim sentiasa.
File yang ke ( 5 ) mencatat ketamakkan dan kekikiran(al-bakhil wal Hj.kedekut) Malim yang sering pula melahirkan agenda-agenda kedengkian yang terburuk dari semua sifat yang ada.Maka Malim masih mencari kekuatan dan keyakinan yang pasti untuk menguruskannya.
File ke ( 6 )Lebih rumit lagi kerana sarat lah ia dengan keinginan mendapatkan sesuatu dengan lebih banyak.Catatan kakinya Malim tuliskan kisah bagaimana kelalaian Malim menjadi kelkatu dan membentur-benturkan diri mengelilingi api pelita sehingga tertanggal sayap.Kalau saja tidak tertanggal sayap nescaya sudah terbakar hangus lah Malim di dalam cahaya yang sangat terang itu.Di kahabarkan oleh orang yang tahu dan faham bahawa kecerdasan dan kesolehan lah penawarnya…dan Malim masih menjalankan sisatan usul kecerdasan yang bagaimanakah yang mereka maksudkan(terhimpun pula dia di dalam file-file yang lain)…
File ( 7 ) Perihal tidak bertanggung jawabnya Malim terhadap jiwa akibat keinginan meraih sesuatu yang telah di rencanakan oleh fikiran.Ia sentiasa sahaja bergerak sebagaimana bumi berkisar mengikut orbitnya.Membina keinginan-keinginan baru yang kemudiannya lenyap samada Malim berjaya mencapainya mau pun tidak.kesedihan dan kegembiraan adalah sama dan datang dari tempat yang sama namun kesabaran sering sahaja hilang ketika menghadapinya.
File ( 8 ) Tertulis pula kelelahan dan kejemuan Malim di dalam tugas menyusun keserabutan `HAL` di sebabkan kurangnya kemantapan tujuan dengan manifestasinya yang wajar sehingga Malim seringkali saja terlupa untuk bersyukur dengan apa yang telah ada.
File ( 9 ) kelalaian dan kemalasan parah akibat kurangnya kesedaran Malim terhadap tuntutan semasa atau kepentingan hak-hak peribadi yang perlu di lunas.Akhirnya file yang ke sepuluh adalah kesimpulan-kesimpulan yang masih kabur himpunan dari sembilan file yang telah Malim susun.
Untuk itu Malim menyediakan nota kaki sebagai peringatan buat diri Malim sendiri bahawa pada umumnya psikoteraphy kontemporari hanya mampu meredakan keserabutan ini buat sementara sahaja kerana menyembuhkan jiwa yang tempang dalam mencari keseimbangan dan perkembangan memerlukan file yang lebih banyak dan pengalaman yang lebih berserabut serta berpanjangan.Penjelasan seperti ini di pandang sesat oleh para teolog ortodoks kerana mengabaikan penafsiran-penafsiran harfiah kitab-kitab suci.Tetapi realiti sejarah dan tradisi bercerita ahli-ahli fakih tidak menarik perhatian ahli-ahli serabut otak kerana mereka telah melampaui wahana tersebut.Maka hanya manusia yang sama-sama duduk dalam dimensi keserabutan sahaja lah yang akan memahami masalah itu.Demikianlah tertulis dalam warkah rahsia pendahulu `BAGI ADAM SEMUA NAMA DI KETAHUI`.Masyhur juga di bawa khabar-Sebuah arus air yang gemercik sampailah dia kesebuah gurun pasir yang kontang.Tiadalah dia mampu menyeberanginya..tatkala mencapai pinggiran gurun maka hilang lenyap lah dia terserap kedalam butiran pasir dan debu yang halus.Berteriak sang air `Aku tidak mampu menyeberang tetapi aku melihat sebuah jalan`Maka di jawab gurun dalam lidah alam yang tersembunyi `Angin boleh menyeberanginya,Maka begitu jugalah engkau`Air merenung seketika melihat udara yang terbang dan menoleh kepada dirinya yang mengalir lantas berkata `Aku tidak mampu mencapainya walau untuk beberapa hasta sekali pun`ujarnya lagi dalam kelalaian.Lidah alam kemudian menjawab.`Engkau berfikiran salah,cuba untuk terbang dengan diri mu sendiri adalah kebodohan,Biarkan angin membawa mu menyeberangi gurun dan sampai ketempat tujuanmu`Air merenung lagi hakikat dirinya`Bagaimana aku akan melakukan pekerjaan itu?`soalnya lagi.Kali ini suatu suara datang dari dalam dirinya sendiri`Kau hanya perlu bertahan dan bersabar`….untuk beberapa lama setelah itu dia terserap kedalam angin lalu di bawa menyeberangi gurun,memberat dan kemudian jatuh kembali menjadi sungai yang akhirnya menyelusuri jalan yang sama sehingga kembali semula kegurun.`Bagaimana aku akan tahu bahawa ini adalah kebenaran` soal air sebelum lidah alam kembali menyampaikan pesan zaman-berzaman.`Kau harus terus menyeberanginya berulang-ulang kerana ada manfaat untuk diri mu dan ada manfaat yang boleh di ambil oleh makhluk lain sepanjang perjalanan mu ini`

kiambang says: